Sempena dengan Hari Sambutan Ulang Tahun Pengakap ke 111, Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Balik Pulau (PPMBP) telah menganjurkan satu majlis sambutan serta memberi peringatan kepada semua ahli untuk terus memajukan diri.

Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Balik Pulau (MPD), Datuk Farid Saad, mengingatkan semua ahli untuk terus maju seiring dengan kesesuaian aktiviti yang dijalankan bersama persatuan.

Dalam sambutan itu juga, semua ahli pengakap mendaftar diri dalam Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM).

Selain itu, mereka juga berpeluang menambah ilmu berpengetahuan mengenai Messenger of Peace (MoP).

Sejumlah 219 peserta dari lapan buah sekolah menjalani pelbagai aktiviti seperti pertandingan, kuiz, mewarna, sepak raga, swafoto terbaik, dan nyanyian 'buskers' pada acara tersebut.



*Laporan ini disediakan AWANI Rangers Universiti Sains Malaysia, Muhammad Solahuddin Maula Abd Halim

*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.

**AwaniRangers USM ialah inisiatif kerjasama strategik Astro AWANI dan Universiti Sains Malaysia.