Malaysia mengulangi bahawa akses kepada mana-mana ubat antivirus dan vaksin untuk pandemik COVID-19 haruslah adil dan saksama, kata Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Wisma Putra dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-53 (AMM-53) dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan yang berlangsung antara 9 hingga 12 Sept, Hishammuddin menekankan bahawa persaingan tidak adil seperti monopoli terhadap ubat-ubatan antivirus dan sebarang vaksin COVID-19 yang berpotensi perlu dihalang.
"Semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur ke-10 (EAS FMM), Hishammuddin menyatakan tentang kepentingan negara anggota EAS bekerjasama dengan ASEAN untuk menangani kesan buruk akibat pandemik itu, serta memelihara rantaian bekalan global.
"Pada Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN + 3 (APT FMM) ke-21 pula, Hishammuddin menekankan perlunya negara-negara ASEAN + 3 untuk terus bekerjasama rapat bagi meningkatkan hubungan ekonomi yang saling menguntungkan, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi dan kewangan global disebabkan wabak itu," menurut kenyataan itu.
BACA: Penghasilan vaksin COVID-19 perlu jadi keutamaan ASEAN-AS
Menteri-Menteri Luar ASEAN mengambil maklum terhadap laporan kemajuan untuk merealisasikan keutamaan ASEAN dan hasil-hasil utama untuk 2020 dan tindak balas kolektif ASEAN terhadap wabak itu serta menyetujui penerbitan Deklarasi Pemimpin bagi Visi Pembangunan Komuniti ASEAN Pasca 2025 pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-37 yang dijadualkan berlangsung November ini, semasa Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN (ACC) ke-27.
Sepanjang acara tiga hari bermula 9 Sept melalui sidang video, Hishammuddin juga menghadiri mesyuarat Suruhanjaya Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ); Forum Serantau ASEAN (ARF) ke-27 dan menyertai Pasca Persidangan Menteri (PMC) dengan sembilan rakan dialog iaitu Australia, Kanada, China, Kesatuan Eropah, India, Jepun, New Zealand, Republik Korea dan Amerika Syarikat (AS).
Pada AMM ke-53, Hishammuddin mengulangi komitmen tegas Malaysia untuk menjaga kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingannya, iaitu perselisihan wilayah dan maritim harus diselesaikan dengan cara damai dan sesuai dengan prinsip undang-undang antarabangsa yang diakui secara universal, termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.
"Menteri Luar juga menggesa negara anggota ASEAN untuk bekerjasama dalam menangani sepenuhnya impak dan cabaran yang ditimbulkan oleh krisis berpanjangan di Rakhine, Myanmar termasuk pemerdagangan manusia," menurut Wisma Putra.
Kementerian itu menyatakan, Hishammuddin sekali lagi menekankan kedudukan Malaysia mengenai perselisihan wilayah dan maritim dan menekankan keperluan bagi AS dan Republik Korea untuk meneruskan rundingan vis-a-vis terhadap situasi di Semenanjung Korea, semasa ARF ke-27.
Hishammuddin menegaskan semula pentingnya Perjanjian SEANWFZ sebagai instrumen utama kepada pelucutan dan pengawalan senjata nuklear, menolak sebarang rancangan Israel untuk memperluas wilayah Palestin yang didudukinya di Tebing Barat, dan menekankan keperluan menyelesaikan proses penghantaran pulang pelarian dari Rakhine.
Dalam mesyuarat Suruhanjaya SEANWFZ, Malaysia menyedari perbezaan kedudukan oleh negara anggota ASEAN berhubung keraguan negara dengan senjata nuklear terhadap Perjanjian SEANWFZ.
Bagaimanapun, untuk menggerakkan proses itu, Hishammuddin menegaskan keperluan untuk meneruskan perbincangan mendalam antara pegawai dan pakar, serta menetapkan matlamat yang nyata, menurut Wisma Putra.
Semasa PMC dengan rakan dialog ASEAN, anggota mengupas mengenai kemajuan yang dicapai di bawah Pelan Tindakan antara ASEAN dengan rakan dialog masing-masing, yang secara kolektifnya melihat pertukaran pandangan mengenai perkara berkaitan isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.
"Isu itu termasuk maklum balas rantau terhadap pandemik itu, industri kelapa sawit, perkembangan di Laut China Selatan, Semenanjung Korea dan Rakhine, usaha antipengganas dan ekstremisme serantau, perubahan iklim, kesediaan pengurusan bencana, keselamatan maritim dan isu keselamatan lain.
"Mesyuarat juga menerima pakai Pelan Tindakan lima tahun (2021-2025) dengan Kanada, New Zealand, India, Republik Korea dan AS," menurut kenyataan itu.
Pada Sesi Khas Mesyuarat Majlis Penyelarasan ASEAN mengenai Pembangunan Sub-Serantau, Hishammuddin menekankan bahawa ASEAN perlu bekerjasama untuk memulihkan rantaian bekalan, meningkatkan infrastruktur digital dan kesalinghubungan, menggiatkan rundingan antara entiti subserantau dan menggalakkan lebih banyak model perkongsian awam-swasta dalam pelaburan bagi menyokong inisiatif pembangunan di bawah kerjasama subserantau.
Beliau turut mengambil bahagian dalam Dialog Menteri ASEAN mengenai Pengukuhan Peranan Wanita untuk Keamanan dan Keselamatan Mampan serta menyertai rakan sejawatannya dalam Mesyuarat Bersemuka antara Menteri-Menteri Luar ASEAN dengan Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN mengenai Hak Asasi Manusia (AICHR).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020
Pada AMM ke-53, Hishammuddin mengulangi komitmen tegas Malaysia untuk menjaga kedaulatan, hak kedaulatan dan kepentingannya. - Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Malaysia sebuah negara selamat, Kedutaan AS respon tohmahan dangkal profesor pro-Israel
Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia menyangkal dakwaan dangkal Prof Bruce Gilley yang mengatakan Malaysia adalah sebuah negara tidak selamat dilawati.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke