Ancaman siber di negara ini menunjukkan peningkatan mendadak setiap bulan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 8,140 kes.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah berkata daripada jumlah itu, sebanyak 717 kes ancaman siber direkodkan pada Januari, Februari (498), Mac (707), April (773), Mei (645), Jun (777), Julai (943), Ogos (1,258) dan September (1,822).
Beliau berkata penipuan siber merupakan salah laku tertinggi daripada sembilan ancaman siber yang direkodkan dalam tempoh tersebut iaitu 3,326 kes, diikuti spam (1,710), cubaan pencerobohan (1,244), pencerobohan (708), kod fitnah (645), gangguan siber (430), berkaitan gangguan (29), laporan yang mudah terdedah (25) dan penipuan perkhidmatan (23).
"Peningkatan kes ini serius dan perlu ditangani secara proaktif dengan kerjasama pelbagai pihak terutama CyberSecurity Malaysia yang bertindak sebagai agensi penguatkuasaan dan pemantauan kes ancaman siber selain penglibatan pakar teknologi maklumat dan komunikasi serta penyelidik di negara ini.
"Ia penting bagi melindungi bukan sahaja sistem teknologi maklumat negara malah pengguna daripada menjadi mangsa ancaman keselamatan siber," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Dunia mengenai Teknologi Komunikasi Maklumat (WCIT) 2014 anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di sini pada Isnin.
Turut hadir, Naib Presiden Penyelidikan CyberSecurity Malaysia Lt Kol (B) Sazali Sukardi dan Naib Canselor UTeM Prof Datuk Dr Shahrin Sahib.
Dalam perkembangan lain, Abu Bakar berkata Mosti sentiasa menggalakkan penyelidikan atau penghasilan produk berkaitan teknologi komunikasi maklumat (ICT) bagi mempertingkatkan kecekapan sistem ICT di negara ini.
"Mosti mempunyai peruntukan mencukupi untuk bidang ICT dan kami sentiasa mengalu-alukan sekiranya mereka berminat mendapatkan dana bagi menjalankan penyelidikan," katanya.
Beliau berkata sehingga kini, sebelas daripada 65 produk yang dikomersialkan sempena Tahun Pengkomersialan Mosti 2014 merupakan produk ICT berimpak tinggi dan berpotensi untuk pasaran di peringkat antarabangsa.
Terdahulu, Abu Bakar menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama dalam bidang ICT antara UTeM yang diwakili Shahrin dan Sazali bagi pihak CyberSecurity Malaysia.
Bernama
Tue Dec 09 2014
ABU BAKAR: Peningkatan kes ini serius dan perlu ditangani secara proaktif dengan kerjasama pelbagai pihak. -Gambar fail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Hanya dua peratus firma tempatan mampu bertahan daripada ancaman siber - Cisco
Hanya dua peratus firma di Malaysia mempunyai tahap kesediaan 'matang' bagi menangani risiko keselamatan siber termaju, susut berbanding 16 peratus pada 2023.
RUU Keselamatan Siber dibentangkan bagi bacaan kali kedua
Sebanyak 7,192 insiden keselamatan siber dilaporkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada 2022.
Cybersecurity Malaysia meterai MoU dengan CTM360 perangi ancaman siber
CyberSecurity Malaysia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan CTM360 W.L.L untuk memerangi ancaman siber di Malaysia.
Kaspersky dedah perincian terkini kempen penggodaman ke atas peranti iOS
Pada Jun 2023, Kaspersky menemui kempen ancaman berterusan (APT) lanjutan yang menyasarkan peranti iOS.
Kaspersky: Malaysia catat ancaman siber yang rendah pada suku kedua 2022
Ancaman siber di Malaysia menunjukkan aliran penurunan, dengan 11 juta kes direkodkan pada suku kedua 2022 berbanding 28.9 juta pada suku kedua tahun lalu.
Pemilihan perdana menteri baharu UK ditangguhkan akibat ancaman siber
Ibu Pejabat Komunikasi UK memberi amaran bahawa penggodam mampu menipu undian.
Krisis Rusia-Ukraine: Malaysia harus lebih tegas, tingkat keselamatan siber - Anifah
Beliau yang merupakan Presiden PCS menyeru kerajaan berpendirian tegas dalam menghentikan keganasan yang berlaku antara Ukraine dan Rusia.
Keselamatan siber: CTOS terima arahan penangguhan sementara akses CCRIS daripada BNM
Penangguhan sementara itu adalah "langkah perlu, proaktif dan pencegahan kepada potensi ancaman siber dan kemungkinan berlakunya insiden kebocoran data dalam industri pelaporan kredit."
Perkongsian maklumat, data mengenai jenayah siber penting demi minimumkan ancaman - MCMC
Perkongsian data akan membolehkan pihak berkuasa menyekat modus operandi pelaku jenayah ini.
Malaysia dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber - CSM
Semua pengguna internet harus mengambil tanggungjawab melindungi diri masing-masing daripada ancaman siber, dengan meningkatkan pengetahuan asas mengenai ancaman tersebut.