Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Labuan dan Palawan bermula Rabu hingga Ahad ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata angin kencang timur laut dengan kelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan itu.

Jabatan itu berkata keadaan tersebut berbahaya kepada bot-bot kecil dan aktiviti rekreasi laut.