“EH bisnes? Bahaya! Jual kecil-kecilan macam adakah dipanggil bisne?” soal Puan Muna.

Apakah keputusan untuk membuka bisnes memerlukan keberanian?

“Tentulah! Kan tak ada jaminan tak akan rugi?” sambung Puan Muna lagi yang masih bertegas yang beliau bukanlah usahawan ataupun peniaga tetapi seorang ibu yang sekadar inginkan RM800 sebagai belanja tambahan bulanan keluarga.

Walaupun kini untung bersih daripada jualan kuih Puan Muna mencecah RM2,300 secara puratanya setiap bulan.

Sempena musim meraikan pemberdayaan wanita di mana pada setiap tahun, Hari Wanita sedunia jatuh pada 8 Mac dan tahun ini, temanya #BalanceForBetter menyeru supaya semua melihat kepada keseimbangan sama ada dari segi kesaksamaan peluang dan ekuiti terutama sekali apabila harmonis jantina tercapai.

Bagi saya yang aktif membuat program jangkauan komuniti akar umbi sejak sekian lama, peranan dan sumbangan wanita seperti menerima lebih perhatian.

Jangan salah faham, ini bukan rungutan sama sekali. Sudah lama dituntut supaya pembuat dasar, pihak media serta pembuat keputusan atau majikan untuk lebih peka dan sensitif supaya tidak mengabaikan perwakilan gender yang mencukupi bagi mencerminkan realiti kehidupan yang sebenar.

Cumanya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apabila laungan mengenai hal wanita mulai kedengaran namun ramai yang mengecam serta menuduh yang wanita asyik meminta hak istimewa, sering mengadu didiskriminasikan malah membesarkan situasi kecil.

Pemahaman akan perjuangan kesaksamaan cukup rumit – sebab itulah saya berasa tidak selesa apabila pilihan kerjaya juga terpengaruh dengan perbezaan jantina.

Sebagai contoh, usahawan wanita. Apakah perlunya membezakan sama ada usahawan itu wanita ataupun lelaki?

Kalau sekadar mahu raikan wanita yang berjaya sebagai usahawan berbanding menjadikan wanita sebagai contoh untuk memberi galakan, itu agak terkebelakang niatnya untuk terus membela pembangunan usahawan wanita.

Yang perlu adalah usaha untuk menyelidik dan menyelesaikan hal mengenai kurangnya wanita menerima pinjaman daripada bank.

Yang perlu adalah ruang untuk memahami dan membahaskan hal masyarakat yang kurang menyokong wanita yang sedang cuba sedaya-upaya untuk menambah pendapatan keluarga.

Kajian demi kajian telahpun membuktikan bahawa tiada apa-apa keputusan yang memisahkan antara usahawan wanita dengan usahawan lelaki sekiranya perbandingan hanya dibuat dari segi perwatakan dan psikiologi1.

Jadi sekiranya bukan perbezaan peribadi yang diakibatkan jantina, mengapakah bilangan usahawan wanita jauh lebih rendah berbanding usahawan lelaki?

Susah untuk menafikan impak yang disebabkan oleh tekanan masyarakat ke atas peranan yang ingin dimainkan wanita termasuk paradigma mental yang sempit.

Bukan sahaja tidak mampu untuk menerima dan memberi sorakan untuk membantu wanita berkerjaya di alam perniagaan tetapi juga ketidaksamaan peluang yang dinafi kepada kaum wanita untuk maju di dunia bisnes.

Akibatnya, akses kepada pengetahuan menjadi terhad kesan daripada kecenderungan tidak sedar masyarakat untuk membantah semangat kaum wanita yang ingin berjaya di luar struktur kekeluargaan.

Kenapa masih persoalkan sama ada usahawan wanita berupaya mengimbangi tugasan mereka sebagai ibu kepada anak?

Kenapa tidak terus membantu supaya usahawan wanita mempunyai lebih masa untuk menguruskan segalanya?

Berbalik kepada persoalan awal mengapa peluang keemasan untuk berjaya di dunia perniagaan inferior berbanding ancaman risiko bisnes?

Bagaimana untuk membantu Puan Muna melihat rasional yang kebimbangannya adalah disebabkan oleh ketidaksamaan kesempatan yang merupakan hasil daripada tekanan masyarakat yang tidak meneyebelahinya selama bertahun.

Peralihan minda yang bagaimanakah yang diperlukan Puan Muna untuk menjadikan kemungkinan positif sebagai tumpuan utama dan membatalkan semua rasa takutnya untuk menghadapi kegagalan?

Minggu depan: Memahami risiko perniagaan


* Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Eksekutif di GEMA iaitu sebuah NGO berdaftar dan antara usaha GEMA adalah membolehkan pemindahan teknologi dengan para usahawan kecilan

** Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI