Seekor babi hutan tersangkut di pintu pagar Sekolah Kebangsaan (SK) Beserah dan kemudiannya mati semasa bergelut untuk melepaskan diri.

Menurut Pengarah Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)Pahang, Zainal Yusof, haiwan liar itu dipercayai sesat dari hutan berdekatan sekolah tersebut.

JPAM menerima panggilan daripada pihak sekolah sekitar pukul 6.30 pagi tadi dan kejadian ini dimaklumkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.

Babi hutan tersebut tersangkut selama dua jam sebelum mati dan bangkai haiwan itu dibawa keluar kira-kira jam 10 pagi.