awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penduduk Kampung Kelongkong resah 'diserang' babi hutan

Bernama
Bernama
24/01/2022
23:33 MYT
Penduduk Kampung Kelongkong resah 'diserang' babi hutan
Anggota JPAM bertungkus-lumus mengeluarkan seekor babi hutan yang sesat memasuki kawasan bandar. -Gambar hiasan/BERNAMA
MELAKA: Kira-kira 400 penduduk Kampung Kelongkong, Tanjung Kling di sini, resah apabila penempatan mereka 'diserang' sekumpulan babi hutan sejak sebulan lepas.
Seorang pemilik kebun di sini, Abu Bakar Japar, 65, berkata dia mengalami kerugian apabila pokok pisang dan ubi yang ditanamnya musnah akibat disondol haiwan itu yang berkeliaran mencari makanan di kawasan kebunnya.
"Rasa seperti hendak putus asa pun ada, sebab sudah berbulan saya usahakan kebun itu," katanya dan menambah dia juga terpaksa membawa lastik setiap kali keluar rumah sebagai langkah berjaga-jaga jika diserang haiwan itu.
Babi Hutan | Penduduk resah, rutin harian berubah
Seorang lagi penduduk, Rahimah Kassim, 76, berkata dia tidak pernah melihat kemunculan babi dengan jumlah yang banyak dan kerap sepanjang lebih 50 tahun tinggal di kampung berkenaan, dan kehadiran haiwan itu sejak bulan lepas amat mengejutkan.
"Dah lama mak cik duduk (tinggal) sini... memang perasan sejak bulan lepas banyak babi berkeliaran. Setiap hari ada sahaja mak cik nampak penduduk berlari ke sana sini kejar babi," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Tanjung Kling Khairulazni Baharuddin berkata perkara itu telah dilaporkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Melaka bagi tindakan lanjut.
Pada Ahad, tular di laman sosial klip video dirakam penduduk yang memaparkan babi hutan berkeliaran di hadapan sebuah rumah sehingga menimbulkan suasana cemas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perhilitan
#babi hutan
#Kampung Kelongkong
#Tanjung Kling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan