KUALA TERENGGANU: Sebanyak 91 babi hutan di sekitar kawasan hutan Air Putih dekat Kemaman, disahkan mati akibat penyakit Demam Babi Afrika (ASF).
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu Dr Anum Man berkata kematian beberapa haiwan itu mula dikesan pada 21 Jun lepas dan pihaknya telah mengambil sampel babi tersebut.
"Hasil pemeriksaan sampel itu diketahui seminggu kemudian dan mendapati punca kematian adalah disebabkan ASF," katanya kepada Bernama hari ini.
ASF adalah penyakit wajib lapor yang diwartakan di bawah Seksyen 31, Akta Binatang 1953 (Semakan-2006) (Akta 647), dengan setiap pemilik atau orang bertanggungjawab ke atas haiwan atau ternakan yang telah dijangkiti atau disyaki berpenyakit, boleh didenda tidak melebihi RM25,000 jika gagal melaporkannya kepada pihak berkuasa veterinar.
Anum berkata setakat ini, tiada kes melibatkan ladang babi komersial di Terengganu namun pihaknya tetap memantau penularan wabak penyakit tersebut kerana kadar jangkitannya adalah sangat tinggi.
"Kesemua babi yang telah mati, kami telah lupuskan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan iaitu dengan menanam bangkai dan melakukan proses nyah kuman.
"Kami juga bekerjasama dengan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu untuk membuat kawalan dan pemantauan di sekitar 10 kilometer dari lokasi penyakit tersebut dikesan agar ia tidak menular ke kawasan lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 06 2022
Sebanyak 91 babi hutan di sekitar kawasan hutan Air Putih dekat Kemaman, disahkan mati akibat penyakit Demam Babi Afrika (ASF). - Gambar fail
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Wabak ASF: 91 babi hutan mati di Terengganu
Sebanyak 91 babi hutan di sekitar kawasan hutan Air Putih dekat Kemaman, disahkan mati akibat penyakit Demam Babi Afrika (ASF).