KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini mengesahkan pengesanan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) pada babi hutan di Bidor dan Sungkai, di Perak, serta Jerantut di Pahang.
Penularan wabak itu disahkan oleh Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh melalui teknik Real-Time Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan analisis sequencing yang menunjukkan virus jenis strain Genotype II pada 6 Dis (Perak) dan 7 Dis (Pahang).
JPV dalam kenyataan media hari ini memaklumkan tindakan pengawalan dan pencegahan rebakan (outbreak) penyakit berkenaan telah dilaksanakan, antaranya memperketatkan syarat pindah babi di seluruh Semenanjung dan libat urus biosekuriti ladang oleh pengusaha ladang babi komersial.
Langkah lain yang turut dijalankan adalah persampelan, pemantauan dan pemeriksaan klinikal di ladang dan rumah sembelih babi di seluruh negara serta mewujudkan kerjasama dengan pihak PERHILITAN, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan agensi terlibat dalam perladangan sawit.
"Bagaimanapun wabak berkenaan yang hanya melibatkan babi hutan adalah terkawal dan tidak melibatkan ladang babi komersial," menurut kenyataan itu.
Sementara itu JPV menasihatkan penternak babi dan orang awam untuk tidak panik kerana wabak berkenaan tidak berjangkit kepada manusia.
"Penternak babi diminta meningkatkan biosekuriti di ladang babi masing-masing bagi mencegah penularan penyakit ASF pada babi komersial," menurut kenyataan berkenaan.
Selain itu, JPV menggalakkan penternak dan orang awam untuk melaporkan kematian luar biasa membabitkan babi hutan, babi kampung mahupun komersil, kepada Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah (PPVD) dan Pejabat Perkhidmatan Veterinar Negeri yang berdekatan atau menghubungi Hotline Bilik Pengurusan Krisis Jabatan Perkhidmatan Veterinar Putrajaya dengan menelefon 03-88702041.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 17 2021

Wabak berkenaan hanya melibatkan babi hutan dan tidak melibatkan ladang babi komersial. - Gambar hiasan/ Reuters

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

'Babi hilang': Kerajaan Negeri Sembilan ambil tindakan undang-undang
Kerajaan negeri khuatir haiwan yang dibawa keluar itu akan mencetuskan jangkitan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) ke negeri lain.

2,000 ekor babi berhampiran ladang dijangkiti Demam Babi Afrika 'hilang'
2,000 ekor babi di 19 ladang tidak berlesen di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson, dipercayai dibawa keluar dari kawasan itu.

Kerajaan N.Sembilan perketat pemantauan ladang babi cegah ASF
Tiada kes terbaharu wabak itu dikesan selepas 273 ekor babi yang dijangkiti penyakit itu dilupuskan pada 13 April lepas.

Lebih 3,000 babi komersil di Perak dijangkiti ASF - Exco
Razman berkata, penyakit ASF itu dikesan di daerah Hilir Perak dan Batang Padang.

Penyakit Demam Babi Afrika dikesan di Negeri Sembilan
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) hari ini mengesahkan penyakit Demam Babi Afrika (ASF), dikesan di sebuah ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson.

P. Pinang lulus pewartaan Perintah Kawalan Penyakit ASF
Pewartaan itu diluluskan dalam Mesyuarat Exco semalam selepas mengambil kira beberapa faktor berkaitan ASF.

'Babi makan babi' antara punca penyebaran ASF di Sarawak
Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom menggesa amalan pemberian makanan menggunakan sisa dapur dihentikan kerana produk makanan yang tercemar (termasuk daging babi) jadi punca jangkitan ASF.

Laksanakan 'PKP' terhadap babi, kawal wabak ASF
"Babi hidup hanya boleh bergerak di dalam negeri sahaja dan penyembelihan dilakukan dalam negeri tersebut sahaja."

Penampang jadi daerah ke-20 diisytihar kawasan wabak ASF
Penampang menjadi daerah ke-20 yang disyitiharkan kawasan penularan wabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah.

DVS hapus 16,000 babi dijangkiti Demam Babi Afrika di Melaka
Virus ASF mula dikesan di Paya Mengkuang pada akhir bulan lepas.