Semua bidang berkaitan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) akan diletakkan di bawah kendalian Badan Penyelaras Pendidikan TVET Negara yang akan ditubuhkan kelak, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik.
Bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pemerkasaan TVET: Dialog Industri di sini pada Khamis, Maszlee berkata penubuhan badan itu akan dimuktamadkan selepas beberapa siri kajian yang dijalankan Jawatankuasa Kabinet Pemerkasaan TVET selesai.
"Dengan berada di bawah satu bumbung dan sistem tunggal yang berdaya saing, program TVET akan berkongsi suatu sistem yang kuat dan menyeluruh berbanding diselaraskan oleh pelbagai kementerian yang menawarkan pendidikan itu ketika ini," katanya.
Maszlee dalam pada itu berkata kerajaan akan memberi tumpuan kepada beberapa aspek untuk reformasi TVET ke arah menyelesaikan masalah yang dihadapi TVET seperti isu akreditasi, kekurangan fasiliti dan kelompongan sistem.
Ia termasuk berkaitan model pembiayaan; memperkasa persijilan TVET dan penjenamaan TVET kebangsaan tunggal, katanya.
Maszlee berkata, kerajaan turut meletakkan tujuh strategi ke arah merealisasikan hasrat menjadi negara TVET yang antaranya mengubah konsep pendidikan tradisional daripada 'train and place' kepada 'place and train'.
Beliau berkata, sebuah pusat kecemerlangan bakal diwujudkan agar berlakunya penyelarasan antara semua institusi TVET untuk mengoptimumkan sumber dan dana kerajaan.
Bidang TVET juga akan menuju ke arah 'Industry Led Competency Certification Bodies'' di mana pengiktirafan akan diterajui industri untuk mengelakkan pertindihan atau mismatch.
Kerajaan juga akan mengusahakan 'Employment Opportunities and Wage Level' untuk memastikan graduan TVET mendapat gaji lumayan dan memperoleh 'career pathway' yang jelas dan terjamin, katanya.
Terdahulu pada majlis yang dihadiri lebih 40 pemain industri itu, Maszlee melancarkan Kempen TVET Kebangsaan yang melibatkan pelancaran logo dan slogan, pencarian TVET Influencer dan Anugerah TVET Valued Industry Partners (VIP). Kempen yang berlangsung sehingga November ini adalah antara strategi bagi memperkasakan TVET.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 26 2019
MASZLEE: Dengan berada di bawah satu bumbung dan sistem tunggal yang berdaya saing, program TVET akan berkongsi suatu sistem yang kuat dan menyeluruh.
PRK KKB: 39,362 pengundi tunai tanggungjawab esok
SeramaiĀ 39,362 pengundiĀ akan menunaikan tanggungjawab untuk memilih wakil rakyat baharu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) esok
Dell sahkan data 49 juta pelanggan dicuri penggodam
DELL menghantar notifikasi kepada pelanggan selepas mengesahkan mereka telah menjadi mangsa godam.
Masyarakat perlu bijak dalam memanfaat teknologi AI
Dalam pada itu, pensyarah Kulliyyah of Engineering (KOE) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr. Amir Akramin Shafie berkata, selain pemerkasaan pembanguan bakat, antara cabaran lain yang perlu diberi tumpuan ialah etika dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI).
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Katanya, cabaran tersebut perlu diatasi sebaiknya agar masyarakat tidak menyalahgunakan teknologi AI bagi tujuan yang negatif.
Pembangunan bakat dalam AI perlu diberi tumpuan
Pengarah AIBIG, Fakulti Sains dan Pengkomputeran, UMK, Dr Muhammad Akmal Remli berpandangan kerajaan perlu beri tumpuan kepada aspek pembangunan bakat dalam kecerdasan buatan (AI).
Kerjasama awam-swasta dalam meningkatkan infrastruktur teknologi
Menurut Ketua Penyelidik Pengujian & Kebolehgunaan Perisian Pendidikan, Jabatan Sains Komputer & Teknologi Digital, Fakulti Komputeran & Meta-Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Madya Ts Dr Shamsul Arrieya Ariffin, langkah ini akan membuka peluang untuk melatih lebih ramai individu dalam kemahiran AI yang diperrlukan dalam era digital ini.
Industri gergasi sudah bersedia, tugas KPT sediakan bakat
Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi berpendapat industri sudah bersedia dengan integrasi kecerdasan buatan, dan tanggungjawab KPT untuk menyediakan bakal bakat muda.
Pelajar dapat akses maklumat, kajian dua minggu lagi - PM
Akses tersebut diberikan melalui perkomputeran awan dan dikoordinasikan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Pembangunan bakat AI perlu dimulakan dengan galakan STEM sekolah
Prof Dr Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan berpandangan pembangunan bakat AI perlu dimulakan dengan galakan STEM di peringkat sekolah.
Bella Astillah sebak dengar janji Ayden sempena Hari Ibu
Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja mendengar ucapan anak sulungnya, Ayden Adrian sempena Hari Ibu.
PM lancar Malaysia Artificial Intelligence Nexus
Buku Ghannouchi mengenai demokrasi Islam penting untuk umat Islam - Maszlee
Maszlee berkata, wacana yang menyelubungi Islam dan demokrasi sering menjadi polemik dan penuh dengan salah faham.
IAIS Malaysia puji keputusan ICJ dalam kes genosid Israel, kesal tiada perintah gencatan senjata
Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia memuji Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas keputusan interimnya pada Jumaat berhubung kes genosid yang dimulakan oleh Afrika Selata
Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS
Kemajuan wanita memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat sejahtera, kata Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Profesor Maszlee Malik.
Kejayaan Nusaybah bukti rakyat Malaysia mampu cipta kejayaan di peringkat dunia
Nusaybah melakar sejarah apabila menjadi mahasiswa Malaysia dan Asia Tenggara pertama yang merangkul enam anugerah di Universiti Georgetown baru-baru ini.
Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.
Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan
Maszlee menyifatkan teguran Perdana Menteri adalah untuk beliau kembali aktif membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).
Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta
Maszlee membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.
Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.
Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.
PRU15: Cabaran debat, lebih baik berdialog dengan masyarakat - Hasni
Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad lebih terbuka untuk berdialog dengan penduduk setempat berbanding dengan cabaran untuk mengadakan debat terbuka.