awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS

Bernama
Bernama
20/01/2024
21:00 MYT
Kemajuan wanita penting dalam memupuk masyarakat sejahtera - IAIS
Maszlee berkata negara-negara dengan wanitanya memainkan peranan aktif dalam masyarakat secara konsisten berada pada kedudukan tinggi. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemajuan wanita memainkan peranan penting dalam memupuk masyarakat sejahtera, kata Pengerusi Institut Pengajian Islam Lanjutan Antarabangsa (IAIS) Malaysia Profesor Maszlee Malik.
"Kemajuan membabitkan hak wanita bukan sahaja selaras dengan Islam tetapi memberi manfaat untuk kesejahteraan keseluruhan masyarakat Muslim," katanya pada Forum Wanita Muslim Global 2024.
Maszlee berkata kepentingan Indeks Kesejahteraan Islam (IWI), mendedahkan bahawa negara-negara dengan wanitanya memainkan peranan aktif dalam masyarakat secara konsisten berada pada kedudukan tinggi.
Beliau berkata data daripada IWI juga mencabar stereotaip, menonjolkan sumbangan positif wanita kepada komuniti dan negara mereka.
Maszlee mengagumi pencapaian tiga wanita Malaysia yang berpengaruh iaitu Pengarah Eksekutif Sekretariat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik Tan Sri Dr Rebecca Fatima Sta Maria; peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan dan pengarah filem serta pengasas Current Pictures Tunku Mona Riza Tunku Khalid yang disenaraikan dalam Forbes "50 Over 50: Asia 2024 List".
Berhubung agenda nasional Malaysia, Maszlee memuji komitmen Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan sekurang-kurangnya 30 peratus pembuat keputusan dalam sektor tertentu dipelopori golongan itu menjelang 2025.
Forum Wanita Muslim Global 2024 dianjurkan oleh IAIS Malaysia dengan kerjasama Asia dan Asia West East Centre (AsiaWE) dan Pusat Kebudayaan Iran di Malaysia pada 18 Jan.
Bertemakan "Muslim Women's Integral Role in Shaping Social Reform", forum sehari itu dihadiri lebih 100 peserta.
Forum itu meneroka pelbagai pandangan mengenai isu wanita selain mempamerkan momentum yang semakin meningkat bagi pemerkasaan wanita.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maszlee Malik
#kemajuan wanita
#IAIS Malaysia
#masyarakat sejahtera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan