SIAPA sangka dari bekas Menteri Pendidikan, kini Maszlee Malik muncul sebagai pelakon cameo dalam drama Astro Original Series, Kudeta yang sedang ditayangkan di Astro Ria dan Astro Go.
Maszlee, 49, yang membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.
Menurut Maszlee beliau telah menerima banyak tunjuk ajar dari pelakon utamanya, Vanidah Imran untuk membawakan watak Jamal.
“Sebenarnya saya terima tawaran ini kerana saya suka mencuba perkara yang baru dan apabila diberi peluang ini saya tidak melepaskannya.
“Sudah tentu saya terima, bukan senang orang nak beri kita kelas lakonan secara percuma sedangkan bayarannya mahal jika di luar.
“Penggambaran dilakukan pada awal tahun 2022 dan ketika itu saya mendapat tunjuk ajar daripada semua pelakon- pelakon hebat dalam Kudeta terutama Vanidah.
“Vanidah banyak mengajar saya untuk hidupkan karektor ini. Dia asyik pesan kepada saya bahawa saya bukan lagi Maszlee tetapi Jamal.
“Saya memang amat berterima kasih kepada Vanidah dan semua kru,” katanya.
Maszlee berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta selepas diundang dalam temu bual dalam episod baru Chun Wai’s YouTube Channel yang disiarkan pada 4 Januari.
Menerusi temu bual itu Chun Wai menemu ramah Maszlee bagaimana dia beralih dari seorang ahli polilitik kepada seorang pelakon.
Selain itu, Chun Wai juga turut bertanyakan Maszlee tentang pembabitannya dalam bidang politik selepas tidak lagi menjadi Menteri Pendidikan.
Sebelum Kudeta, Maszlee pernah muncul dalam Taruh satu filem pendek yang diinspirasikan dari siri popular Korea, Squid Game.
Kudeta merupakan sebuah drama yang bertemakan thriller politik dan menyaksikan Mariam Imran lakonan Vanidah Imran diangkat sebagai Perdana Menteri wanita pertama dan mempertahankan kerajaan yang goyah.
Selain Vanidah, Kudeta yang turut dibintangi oleh Aedy Ashraf telah ditayangkan setiap hari Ahad di saluran Astro Ria jam 9 malam atau menerusi On Demand dan Astro Go. -- Gempak
Gempak
Fri Jan 06 2023

Menurut Maszlee beliau telah menerima banyak tunjuk ajar dari pelakon utamanya, Vanidah Imran untuk membawakan watak Jamal. - Gempak

Jiwa SME | Agar-agar kering laris dalam talian
Muhammad Shohimil Haffiz Salleh, seorang pemuda dari Kampung Undang, Kuala Terengganu, berjaya menghidupkan semula pemanis mulut tradisional agar-agar kering dengan gaya dekorasi yang lebih menarik untuk menarik minat generasi muda. Dengan menggunakan platform media sosial, produknya telah berjaya menembusi pasaran di dalam dan luar negara serta meraih pendapatan melebihi RM100 ribu setahun.

Rekod cemerlang 18 tahun ranking ATP Rafael Nadal lebur
Rafael Nadal terkeluar daripada 10 ranking pemain terbaik dunia buat julung kalinya dalam tempoh hampir 18 tahun.

Digital Serumpun | Malaysia-Indonesia jalin kerjasama strategik
JNJ Management Consultants (JNJ Group) menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) dengan OK OCE dari Indonesia dalam mewujudkan 'Digital Serumpum' pada Isnin. Ia merupakan sebuah platform bagi merancakkan perkembangan industri keusahawanan tempatan melalui jaringan utuh dengan negara jiran tersebut.

Pelakon Hong Kong berusia 72 tahun pindahkan harta pada kekasih muda
Lung Kei, 72, mendedahkan sudah memindahkan nama kesemua tujuh harta yang dimiliki kepada kekasihnya yang berusia 36 tahun, Chris Wong.

Projek tebatan banjir disegerakan untuk kurangkan impak bencana - Anwar
Seramai 1,520 penjawat awam yang mewakili pelbagai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan menyertai misi pascabanjir selama dua hari itu.

Esok tengok anak bulan Ramadan
Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan isytihar tarikh permulaan puasa malam esok.

Diana Danielle bayar sewa rumah, ada hak halang Farid Kamil masuk - Peguam
Peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir turut menjelaskan, hubungan Diana dan Farid juga sudah tidak baik.

'Ada hari saya tidak mahu bangun langsung' - Guru ditembak pelajar 6 tahun
Abigail Zwerner turut menghadapi kesukaran menjalani kehidupan seperti biasa terutama selepas terpaksa menjalani beberapa pembedahan.

Perlu sedar duit Tabung Haji, duit pendeposit - TH
Pengarah Eksekutif (Haji) Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata Tabung Haji (TH) memegang amanah 8.8 pendeposit untuk menguruskan RM88 bilion dana yang ada. Oleh yang demikian, adalah tidak wajar sejumlah kos besar disalurkan hanya kepada lebih 30,000 jemaah haji dan mengabaikan aspek agihan keuntungan yang wajar kepada pendeposit lain.

Misi kemanusiaan di Turkiye dan Syria beralih ke fasa pemulihan - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr. Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata situasi bencana gempa bumi yang melanda Turkiye dan Syria kini masuk fasa pemulihan. Tumpuan misi kemanusiaan di kawasan terjejas kini tertumpu kepada kesihatan primer, makanan ruji dan tempat berteduh yang lebih kekal.

Dialog lakonan didakwa 'menghina' wanita, Maszlee mohon maaf
Maszlee Malik memohon maaf khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog kasar dan tidak bersesuaian dalam siri drama Kudeta.

Maszlee perjelas spekulasi tawaran jawatan
Maszlee menyifatkan teguran Perdana Menteri adalah untuk beliau kembali aktif membantu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Harapan (PH) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Bekas Menteri Pendidikan, Maszlee Malik kongsi pengalaman berlakon Kudeta
Maszlee membawakan watak sebagai Jamal Banna bekas Perdana Menteri (PM) yang dipenjarakan atas tuduhan jenayah telah berkongsi pengalamannya berlakon dalam Kudeta.

Ruang akademik tidak boleh 'dicabul' politikus - Maszlee
Maszlee menegaskan, era menghukum ahli akademik yang mengkritik kerajaan juga sepatutnya harus berakhir.

PRU15: Hasni menang di Simpang Renggam, Ahmad Maslan kekal di Pontian
Mohammed Hasni menewaskan penyandang kerusi berkenaan, Dr Maszlee Malik dari Pakatan Harapan.

Kerusi panas PRU15: Tawaran di Simpang Renggam, calon mana berkelebihan?
Saingan empat penjuru di Simpang Renggam kini tertumpu kepada tawaran setiap calon dan nilai tambah mereka untuk memikat hati pengundi.

PRU15: Cabaran debat, lebih baik berdialog dengan masyarakat - Hasni
Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad lebih terbuka untuk berdialog dengan penduduk setempat berbanding dengan cabaran untuk mengadakan debat terbuka.

PRU15: Debat terbuka bersama semua calon Simpang Renggam - Maszlee
Perkara itu katanya telah dibincangkan bersama kesemua calon sewaktu proses penyerahan borang pencalonan di dalam dewan.

PRU15: Berbusana pengantin demi Maszlee Malik
Kedua-dua mereka yang mengetuai perarakan parti itu turut lengkap diiringi pengapit bersama bunga manggar.

PRU15: Simpang Renggam saingan empat penjuru
Pertembungan antara Datuk Seri Hasni Mohammad (BN), Maszlee Malik (PH), Mohd Fazrul Kamat (PN), serta Kamal Kusmin (Pejuang).