Hujan di bahagian Kuching mengakibatkan dua pusat pemindahan banjir dibuka semula pagi ini berikutan jumlah mangsa meningkat, manakala mangsa banjir di Sabah berkurangan berbanding malam tadi.
Setakat 8 pagi ini, jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan dipusat pemindahan di negeri-negeri terjejas banjir meningkat iaitu 5,747 orang berbanding 5,627 orang malam tadi.
Di SARAWAK, dua pusat pemindahan baharu dibuka pagi ini di bahagian Kuching bagi menempatkan 187 mangsa, menjadikan 14 pusat di seluruh Sarawak berbanding 12 malam tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan di seluruh Sarawak pagi ini bertambah sedikit kepada 2,761 orang berbanding 2,563 malam tadi.
Beliau berkata bahagian Samarahan kekal dengan jumlah tertinggi iaitu 1,225 orang di enam pusat pemindahan, Limbang (1,017 orang di empat pusat pemindahan), Miri (244 orang di satu pusat pemindahan), dan Mukah (88 orang di satu pusat pemindahan).
Di SABAH, keadaan banjir semakin reda dengan jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 2,697 orang daripada 830 keluarga berbanding 2,775 orang daripada 835 keluarga semalam di dua daerah di negeri itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Beaufort DSP Mustaffa Maruf jumlah mangsa banjir di empat pusat pemindahan di Beaufort ialah 744 daripada 249 keluarga manakala di daerah kecil Membakut pula seramai 1,953 orang dari 581 keluarga di lima pusat pemindahan.
Empat pusat pemindahan yang masih dibuka ialah di Dewan Kampung Kukut, Dewan Kampung Suasa, Dewan Sri Dayang Lumadan dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Gadong.
Di KELANTAN, jumlah mangsa masih kekal iaitu seramai 255 orang melibatkan 62 keluarga yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.
Jurucakap MKN Kelantan berkata kesemua mangsa masih ditempatkan di dewan sekolah, kilang dan masjid ekoran rumah mereka hanyut atau rosak teruk akibat banjir yang berlaku bulan lepas.
Di PERAK, jumlah mangsa banjir juga kekal iaitu 34 mangsa daripada 10 keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.
Jurucakap MKN Perak berkata mangsa banjir tersebut kini berada di pusat pemindahan di Kampung Labit, Lenggong di daerah Hilir Perak.
Bernama
Sat Jan 24 2015
Anggota JPAM Sarawak, Siti Nurashikin Sikakah mengajar kanak-kanak mangsa banjir cara membuat origami ketika tinjauan fotoBernama di pusat pemindahan bencana di Balai Raya Kampung Nangka, Samarahan hari ini. - Foto Bernama
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Penduduk Durian Tunggal resah rumah berisiko dinaiki air selepas hujan lebat
"Setiap kali sambutan Aidilfitri saya tidak terfikir untuk menghias rumah seperti orang lain..."
Jawatankuasa Bertindak selesaikan masalah banjir di Hang Tuah Jaya
Jawatankuasa itu akan meneliti semua penyelesaian telah dirangka secara mikro serta makro dan pelaksanaanya akan dilakukan segera.
Banjir Dubai: UAE masih bergelut selepas ribut
Operasi di lapangan terbang dan hab perjalanan utama kekal terganggu selepas ribut melanda Selasa lalu.
Mangsa banjir di tiga negeri menurun - NADMA
Jumlah mangsa banjir menurun kepada 759 mangsa yang ditempatkan di enam pusat permindahan sementara setakat 6 pagi tadi.
Mangsa banjir di tiga negeri meningkat kepada 748 orang - NADMA
Terdapat tiga PPS beroperasi iaitu di daerah Petaling yang menempatkan 356 mangsa, PPS di Klang (204 mangsa) dan Kuala Selangor (54 mangsa).
Semua pihak diminta siap siaga, segera salurkan bantuan mangsa banjir - Ab Rauf
Wakil rakyat dan agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan diarahkan supaya siap siaga dan menyalurkan bantuan awal kepada semua mangsa yang terjejas akibat banjir terutama di Alor Gajah.
Hujan paling lebat di UAE: Rangkaian lebuh raya, lapangan terbang Dubai dilanda banjir
Kebanyakan sekolah di seluruh UAE ditutup manakala pekerja pejabat diarahkan supaya bekerja dari rumah.
UAE alami hujan paling lebat dalam tempoh 75 tahun
Dalam peristiwa cuaca bersejarah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan taburan hujan paling lebat direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).