Dua lelaki bertopeng mengambil masa kurang dari tiga minit untuk merompak tujuh dulang barang kemas bernilai 130,000 ringgit di sebuah kedai emas di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada tengah hari tadi, dua perompak tersebut melepaskan sedas tembakan selepas menyedari pemilik kedai menekan alat penggera keselamatan.
Pemilik kedai emas yang hanya mahu dikenali sebagai Tan, berkata perompak terbabit memecahkan cermin rak pameran menggunakan tukul besi sebelum mengaut cincin, loket serta rantai ke dalam beg galas.
Tan berkata ketika kejadian dia dan anak perempuannya berada dalam sebuah bilik di kedai tersebut sebelum mendengar cermin diketuk.
"Bila dengar cermin diketuk saya terus keluar dan terkejut melihat apa yang berlaku.
"Saya masuk kembali dan mengarahkan anak saya menekan penggera.
"Perompak itu marah bila alarm dibunyikan lalu dia tembak satu das sebelum lari menggunakan kereta yang diletak di hadapan kedai saya," kata Tan.
Sementara itu, saksi kejadian, Najihah Hamdi berkata, suspek yang menggunakan Proton Wira memberhentikan kenderaan itu di hadapan kedai emas sebelum meluru masuk ke dalam premis.
"Dekat pukul 12 tengah hari, saya dengar bunyi tembakan pistol kemudian bila saya tengok nampak mereka (dua lelaki bertopeng) lari masuk dalam kereta," ujarnya.
Seorang lagi saksi yang dikenali sebagai Ah Chun melihat kereta yang dipandu dua perompak tersebut menuju ke arah Kodiang.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Abd Rahim Abdullah yang dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Kes disiasat dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Astro Awani
Sat Sep 05 2015
Anggota Polis menjalankan siasatan di sebuah kedai emas yang dirompak dua lelaki bertopeng kira-kira 12 tengah hari tadi. - Foto Bernama
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Cuaca panas: Penduduk Felda Laka Selatan menoreh waktu malam
Cuaca panas yang melanda negara khususnya di negeri Kedah memaksa segelintir penoreh getah bekerja pada waktu malam.
Polis temukan lima kelongsong peluru dalam kejadian berbalas tembak
Polis menemukan lima kelongsong peluru dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di jalan Bukit Kechik, Napoh, Changlun pada Jumaat.
Polis tahan suami isteri, rampas 8.5kg syabu di Changlun
Polis menahan sepasang suami isteri serta merampas dadah jenis syabu seberat lebih 8.5 kilogram (kg) yang dianggar bernilai RM297,500 di Changlun.
"Arwah tanya nama malaikat maut, syurga dan neraka"
Kanak-kanak yang maut dihempap tiang elektrik bertanya maksud namanya kepada ibunya beberapa hari lalu.
Seorang kanak-kanak maut, dua rakan parah dihempap tiang elektrik
Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun maut manakala dua lagi rakannya parah dipercayai dihempap tiang elektrik dalam kejadian di Jalan K16, Kampung Belukar dekat Changlun petang tadi.
Hasrat hantar 950 kilogram ketum ke Changlun terbantut, dua 'runner' ditahan
Daun ketum yang dilarikan itu seberat hampir satu tan dan dianggarkan bernilai RM14,250.
Banjir kilat: 27 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan
JBPM Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.04 malam.
KLWBC 2020: To'ki cari gandingan pejuang "Buku Uighur"
Akhirnya, selepas dua dekad dalam kegelapan, To'ki muncul dan menjawab mengenai "buku dirinya" tanpa berselindung.
Tidak kurang dari RM5 juta diperlukan bantu mangsa ribut - Exco
Kerajaan Kedah mengumumkan bahawa kerajaan negeri Kedah akan memperuntukkan sekitar RM5 juta bagi membantu kesemua mangsa ribut di negeri itu.
Pelita 2km meriahkan sambutan Aidilfitri
Tradisi memasang pelita sempena Hari Raya bukan sahaja menambahkan lagi seri kemeriahan sambutan Aidilfitri.