Kerajaan Terengganu diminta mempertimbangkan semula arahan supaya peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di Kuala Terengganu khususnya di Dataran Syahbandar menamatkan operasi perniagaan pada 29 Ramadan, berbanding sehingga awal pagi Aidilfitri sebelum ini.
Setiausaha Agung Persatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) Erena Shafika Wahab berkata ini kerana sudah menjadi kelaziman kepada orang ramai untuk mendapatkan keperluan hari raya pada saat akhir kerana mahu mendapatkan potongan harga daripada peniaga selain faktor komitmen dengan kerja pada hari biasa.
"Kebanyakan pembeli akan mengambil kesempatan sempena cuti hari raya untuk mendapatkan keperluan pada awal pagi Syawal di lokasi bazar ini. Suasana ini sudah menjadi trend kepenggunaan dan ia bukanlah satu perkara yang baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berdasarkan pemerhatian Patut, katanya kemeriahan suasana membeli-belah pada saat-saat akhir ini dapat dirasai apabila penjual mula menurunkan harga dengan potongan antara 20 hingga 70 peratus berbanding ketika awal Ramadan.
Dilaporkan, kerajaan negeri mengeluarkan arahan supaya semua peniaga bazar Ramadan dan Aidilfitri di bandaraya ini menamatkan operasi perniagaan pada 29 Ramadan iaitu hari ini berbanding kelaziman sehingga awal pagi Aidilfitri.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Dr Alias Razak berkata penamatan operasi lebih awal itu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan.
Mengulas lanjut, Erena berkata pemberian Bantuan Sara Hidup (BSH) dan bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri oleh pihak kerajaan beberapa hari lalu membuatkan ramai yang memilih untuk membuat persiapan akhir terutamanya pada hujung minggu atau cuti hari raya.
"Jika isu sampah yang menjadi persoalan utama, yang mana memerlukan pekerja pembersihan yang perlu bekerja di pagi syawal, kerajaan Terengganu perlu membuat konsultasi lebih awal dengan peniaga Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu dengan memastikan atau mensyaratkan agar sampah dikutip secara bersama.
"Sebagai contoh pihak peniaga perlu menyediakan plastik sampah masing-masing dalam memastikan kebersihan tapak jualan masing-masing dan jika perkara itu tidak dipatuhi, denda akan dikeluarkan atau nama peniaga tersebut disenarai hitam untuk mendapatkan tapak berniaga pada tahun akan datang," katanya.
Selain itu, katanya kerajaan negeri juga boleh menggunakan alternatif lain iaitu mendapatkan khidmat pembersihan pekerja bukan Islam untuk melakukan kerja-kerja pembersihan selepas operasi perniagaan pada pagi Syawal bagi memberi laluan kepada pekerja pembersihan Islam berhari raya bersama keluarga.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2019
Kemeriahan suasana membeli-belah pada saat-saat akhir selalunya dirasai apabila penjual mula menurunkan harga dengan potongan antara 20 hingga 70 peratus berbanding ketika awal Ramadan. - Gambar hiasan
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Warga emas maut dalam perjalanan pulang selepas rai Aidilfitri
Seorang wanita warga emas yang dalam perjalanan pulang selepas meraikan Aidilfitri bersama keluarga maut apabila kereta dinaiki terlibat dengan kemalangan dengan sebuah lori.
Kerajaan Johor gesa Ranhill SAJ segera tangani isu gangguan bekalan air
Kerajaan Johor menggesa Ranhill SAJ untuk segera menangani isu gangguan bekalan air yang masih berlaku pada musim perayaan Aidilfitri ini.
'Jem' luar biasa! 18 jam redah kesesakan balik raya
Tempoh perjalanan menjadi panjang disebabkan oleh masalah kesesakan lalu lintas akibat pertambahan kenderaan di atas jalan raya.
Lebih 20,000 kunjungi Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Sabah
Lebih 20,000 tetamu menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan Sabah hari ini.
Aliran trafik semakin sesak, kemalangan di beberapa kawasan
Aliran trafik sesak selepas Plaza Tol Sungai Besi menuju ke pusat bandar setakat jam 4.50 petang.
Kegembiraan rai Aidilfitri bertukar tragedi
Nahas yang berlaku kira-kira pukul 12.45 tengah malam itu menyebabkan mangsa Nurul Izati Yunus, 23, meninggal dunia di tempat kejadian.
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
'Masuk rumah rasa lain' - Terkesan pemergian nenek, Zizan Razak jarang beraya di Terengganu
Anggap raya sebagai waktu berehat, Zizan bagaimanapun memberitahu dia mungkin akan pulang ke pantai timur hanya untuk berjumpa bapanya