Beberapa penambahbaikan akan dibuat di jambatan angkat atau 'drawbridge' di Terengganu terutama yang melibatkan aspek kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.
Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata ada beberapa perkara yang perlu diberi pertimbangan semula termasuk kedudukan palang di kiri kanan jambatan yang agak rendah, tanda jalan serta kekerapan lampu isyarat yang mengganggu kelancaran trafik.
"Perlu ada kajian mendalam mengenai aliran mana yang memerlukan tempoh lampu isyarat yang lebih lama atau lebih singkat bagi memastikan trafik berjalan lancar, namun, pada dasarnya saya sangat berpuas hati kerana pembukaan jambatan itu terbukti berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu kemuncak Aidilfitri baru-baru ini.
"Kebiasaannya, trafik sangat teruk di Jambatan Sultan Mahmud setiap kali Aidilfitri, namun pada tahun ini, tiada kesesakan teruk dilaporkan untuk perjalanan yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. Ini menjadikan matlamat kita (kurangkan kesesakan) itu berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis meraikan kejayaan Pasukan inovasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam di sini pada Rabu.
Pasukan tersebut memenangi empat anugerah utama dalam pertandingan bertaraf antarabangsa 11th European Exhibition of Creativity and Innovation (EUROINVENT 2019) yang berlangsung di Palace Culture, Romania pada 16 hingga 18 Mei lalu.
Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu menjadi yang pertama di Asia Tenggara dan menjadi jambatan keempat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus selain Jambatan Sultan Mahmud, Jambatan Pulau Rusa dan Jambatan Pulau Sekati.
Pada 2 Jun lalu, jambatan itu mula dibuka kepada orang ramai untuk pentauliahan dan pengujian prestasi jalan dari sudut koordinasi sistem lampu isyarat jalan di jambatan dengan sistem trafik di kawasan sekitarnya serta koordinasi sistem penyuraian trafik.
Setelah tamat pengujian sistem pada 17 Jun ini, jambatan angkat akan ditutup semula kepada laluan trafik bagi pentauliahan komponen lain projek itu dan tarikh pembukaan rasminya akan dimaklumkan setelah semua kerja dan pentauliahan komponen projek selesai.
Ditanya langkah kerajaan negeri untuk mencantikkan lagi pemandangan di sekitar jambatan angkat itu termasuk kawasan pantai yang digelar netizen sebagai 'Miami Beach' agar terus menjadi daya tarikan pelancong, Ahmad Samsuri berkata ia telah berada dalam perancangan pihak berkuasa.
"Beberapa penambahbaikan akan dibuat termasuk laluan basikal dari Teluk Ketapang sehingga ke Kuala Ibai. Selain itu, tentunya kemudahan di kawasan pantai juga akan dipertingkatkan seperti parkir kenderaan kerana orang ramai mahu mengabadikan foto dan video berlatarbelakangkan jambatan angkat ini.
"Semestinya keselamatan mereka akan diutamakan. Ia antara beberapa aspek yang akan dilihat setelah jambatan ini ditutup semula 17 Jun nanti untuk penilaian dan penambahbaikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2019
Jambatan angkat bernilai RM248 juta itu menjadi yang pertama di Asia Tenggara dan menjadi jambatan keempat yang menghubungkan Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Amzad nafi pentadbiran kerajaan Terengganu bermasalah dengan istana
Datuk Ahmad Amzad Hashim menafikan beliau terpaksa diminta menjadi orang tengah bagi meredakan ketegangan antara Samsuri dan pihak istana.
Penjawat awam Terengganu terima bonus RM800
Penjawat awam di Terengganu akan terima bonus sebanyak RM800 yang akan dibayar pada bulan Januari.
COVID-19: Menteri Besar Terengganu diarah jalani kuarantin 14 hari
Aarahan kuarantin dibuat susulan ADUN Rhu Rendang itu memiliki kontak dengan dua individu positif COVID-19 beberapa hari lalu.
Royalti minyak: Kerajaan jamin Terengganu akan terima bayaran ikut jadual
Pembayaran akan dibuat sebanyak dua kali setahun iaitu pada pada bulan Mac disusuli bulan September bagi pembayaran kedua.
Calon MB Kedah, Pas serah kepada Sultan untuk putuskan
Ahmad Samsuri menjelaskan sehingga kini Pas belum memuktamadkan sebarang nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu untuk mengisi jawatan Menteri Besar Kedah yang baharu.
'Bukan masanya untuk bersantai-santai' - Semua pusat peranginan dan hotel di Terengganu ditutup
Kesemua pusat peranginan, pulau dan hotel di Terengganu ditutup seiring dengan perintah kawalan pergerakan yang bermula hari ini.
Terengganu terima RM700 juta wang royalti Mac ini
Kerajaan Terengganu dijangka menerima bayaran wang royalti atau Wang Tunai Petroleum (WTP) sebanyak RM700 juta pada bulan Mac nanti.
Hadi Awang bincang kerjasama dengan Abang Jo
Pertemuan tersebut dilakukan bagi membincangkan usaha mengukuhkan hubungan dua negeri yang ditadbir Pas iaitu Kelantan dan Terengganu dengan Sarawak.
Beberapa penambahbaikan terhadap 'drawbridge' untuk keselesaan pengguna
Beberapa penambahbaikan akan dibuat di jambatan angkat atau 'drawbridge' di Terengganu terutama yang melibatkan aspek kelancaran trafik dan keselamatan pengguna.
Ahmad Samsuri tetap bertanding jawatan Naib Presiden Pas
Beliau berkata, keputusannya untuk terus bertanding adalah bagi menghormati pencalonan yang telah dibuat oleh aqnggota akar umbi.