awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penjawat awam Terengganu terima bonus RM800

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2020
09:29 MYT
Penjawat awam Terengganu terima bonus RM800
Menurut Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, penambahan insentif sebanyak RM300 itu susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU:Lebih 13,000 penjawat awam di negeri Terengganu bakal menerima bonus sebanyak RM800 ringgit berbanding RM500 pada tahun sebelumnya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, penambahan insentif sebanyak RM300 itu susulan pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
Beliau berkata, pembayaran itu dijangka dilakukan pada Januari ini termasuk untuk kakitangan kontrak.
“Bonus akan dibayar Januari ini Insya-Allah. Lebih kurang 13,600 penjawat awam di Terengganu… kita (penjawat awam) antara yang teramai berbanding negeri-negeri lain,” kata beliau.
Sementara itu, Dr Ahmad Samsuri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rhu Rendang berkata, kerajaan negeri turut mewujudkan Tabung Pinjaman Perumahan Rakyat negeri dengan peruntukan RM50 juta.
Katanya, peruntukan itu disediakan bertujuan membantu rakyat khususnya golongan B40 membina rumah di atas tanah sendiri.
“Kita ambil pendirian untuk tidak mengenakan bunga ataupun faedah pada projek perumahan dan pinjaman perumahan… jadi sama juga dengan Pinjaman Pendidikan Rakyat di negeri Terengganu, (juga) tidak ada faedah,” ujar beliau lagi.
Beliau berkata demikian selepas membentangkan Belanjawan Terengganu 2021 dalam Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri ke-14 pada Isnin.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#Negeri Terengganu
#bonus
#RM800
#Menteri Besar
#Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan