ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Isnin, 13 Julai 2020.

1) Azhar Azizan Harun YDP Dewan Rakyat baharu, angkat sumpah dalam suasana 'gempita'

Bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat Ke-10. Ia selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengusulkan nama beliau.

2) "Saya dipelawa, bukan dipaksa" - Azhar Harun

Datuk Azhar Azizan Harun menjelaskan bahawa beliau dipelawa untuk menjawat jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat oleh kerajaan dan bukan diarah atau dipaksa.

3) Azalina wanita pertama dilantik Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjadi wanita pertama dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

4) Proses hari ini amat mengecewakan - Nurul Izzah

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar menyifatkan proses membabitkan usul menyingkirkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam sidang Parlimen pada Isnin amat mengecewakan.

5) Syed Saddiq dipersenda di Dewan Rakyat: Adakah belia dilayan sebegitu dalam politik?

“Cucu, cucu nak mencelah, cucu,” kata Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar ketika Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ingin mencelah dalam perbahasan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad.

6) Sampai bila PN boleh bertahan? - Asyraf Wajdi

"Mampukah Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertahan?" Itu persoalan yang disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas usul mengosongkan kerusi Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menang tipis di Parlimen pada Isnin.

7) 793 rakyat Malaysia pulang dari luar negara, 6 dihantar ke hospital

Seramai 793 rakyat Malaysia telah pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 dari Australia, Indonesia, Singapura, Qatar, Myanmar, Filipina, Taiwan, India, Laos, China dan Hong Kong pada Isnin.

8) COVID-19: Bilangan kes baharu kembali satu digit, tiada kematian

Bilangan kes positif COVID-19 baharu yang direkodkan di Malaysia kembali kepada angka satu digit iaitu sebanyak tujuh kes pada Isnin. Bilangan itu adalah separuh daripada kes yang dicatatkan pada Ahad iaitu sebanyak 14 kes.

9) COVID-19: KKM kenal pasti satu kluster baharu di Melaka

Dalam satu kenyataan pada Isnin, jurucakap KKM berkata, kes pertama kluster itu merupakan seorang warganegara Malaysia yang pulang ke Malaysia dari Rusia pada 5 Julai lalu.

10) ILKBS umum kemasukan berperingkat pelajar pasca PKP mulai 20 Julai

Semua pelajar Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menyambung sidang akademik sesi 1/2020 pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam tiga berperingkat mulai 20 Julai ini.