ANTARA pelbagai berita tempatan yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 29 Oktober 2020.

1) COVID-19: Malaysia catat 649 kes baharu, tiada kematian

Malaysia mencatatkan sebanyak 649 jangkitan baharu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 dalam negara kini ialah 30,090 kes.

2) COVID-19: KKM kenal pasti lima kluster baharu

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster tersebut ialah Kluster Sakti, Kluster Tuguson, Kluster Bah Medan, Kluster Taman Laut dan Kluster Taman Bunga.

3) COVID-19: Tiada zon hijau di Sabah

Daripada 26 buah daerah di Sabah, 18 daripadanya kini berada dalam zon merah.

Berbanding sebelum ini daerah Tongod yang kekal di zon hijau sejak tiga minggu lalu telah dikategorikan dalam zon kuning bersama lapan daerah lain susulan satu kes positif direkodkan pada Khamis.

4) Cuba bawa suara umat Islam, ciapan Tun Mahathir dianggap 'mengagungkan keganasan' oleh Twitter

Ciapan yang muat naik oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkenaan insiden penindasan terhadap umat Islam di Perancis baru-baru ini disembunyikan laman sosial Twitter kerana dianggap “mengangkat keganasan”.

5) Presiden Perancis Emmanuel Macron tidak bertamadun - Tun M

Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, pemerintah tertinggi Perancis itu bersikap primitif kerana menuduh orang Islam terlibat dalam pembunuhan guru yang menghina Islam, malah menegaskan tindakan membunuh bukan ajaran Islam.

6) MT UMNO bermesyuarat lagi, Ismail Sabri disebut-sebut sebagai TPM

Ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO sekali lagi berkumpul di Menara Dato Onn malam ini, bagi menghadiri Mesyuarat Khas yang dipengerusikan Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

7) Saya tak pernah lakukan usaha nak jadi TPM - Hishammuddin

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menegaskan beliau sama sekali tidak pernah melakukan sebarang usaha untuk dikaitkan dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

8) Salleh Ben Joned meninggal dunia

Penulis dan penyair Salleh Ben Joned meninggal dunia akibat kegagalan jantung, hari ini. Beliau yang berusia 79 tahun menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Subang Jaya, pada 1.21 pagi Khamis.

9) Tiga bulan berlalu, status pendaftaran Pejuang jadi tanda tanya

Tiga bulan tanpa sebarang jawapan bertulis daripada Jabatan Pendaftaran Perdaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) mengenai pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) adalah tidak munasabah, tegas Setiausaha Agung Interimnya Datuk Amiruddin Hamzah.

10) PM digesa adakan rundingan segera Belanjawan 2021 dengan pembangkang - Majlis Presiden PH

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mengesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengadakan rundingan segera Belanjawan 2021 sebelum dibentangkan di Sidang Dewan Rakyat pada 6 November depan.