ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 April 2024.


1. Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia

Allahyarham yang berusia 54 tahun difahamkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 8.15 pagi Jumaat semasa dalam perjalanan ke Hospital Melaka.



2. KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan

Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.


3. Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa

Rekod ini amat mengalakkan dengan peningkatan sebanyak 861,000 orang untuk bulan Jan, Feb dan Mac.


4. 'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.


5. Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa

Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.


6. Usaha tingkatkan kadar gaji penjawat awam diumum Hari Pekerja - PM Anwar

Penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


7. Perang Iran-Israel: Malaysia pantau kesan terhadap ekonomi - Tengku Zafrul

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri memantau rapat perkembangan ketegangan geopolitik di Asia Barat termasuk membabitkan Iran dan Israel susulan letupan di Isfahan, pada Jumaat.


8. Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


9. Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.


10. PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB) Pakatan Harapan (PH), Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.