awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Astro Awani
24/04/2024
15:59 MYT
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 April 2024.
1. 200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 pada Selasa di tengah-tengah rancangan rejim itu untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
2. Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel bagi menghantar bantuan terus masuk ke Gaza.
3. Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
“Saya rasa ini satu panggilan yang ditentukan oleh Allah.” Demikian kata Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA), Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla.
4. Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
5. Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan semalam meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik.
6. PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh pada Selasa mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global, sambil mempengerusikan bersama meja bulat perniagaan dengan rakan sejawatannya dari Laos, Sonexay Siphandone di Hanoi.
7. Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya, lapor Agensi Anadolu (AA).
8. Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, kata pihak berkuasa.
9. Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Robot humanoid keluaran Tesla masih lagi dalam proses penghasilan di makmal, namun, ia mungkin bersedia untuk dijual menjelang akhir tahun 2025, kata Ketua Eksekutifnya, Elon Musk.
10. Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Mooryati Soedibyo, pengasas jenama kosmetik Mustika Ratu yang juga tokoh terkemuka dalam jamu tradisional di Indonesia, dilaporkan meninggal dunia awal pagi Rabu.
Topic Berkaitan
#berita pilihan
#antarabangsa
#meninggal dunia
#robot Optimus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan