Bumbung Sekolah Kebangsaan Danau Kota 1 runtuh selepas angin kencang ketika hujan lebat sekitar kawasan tersebut petang tadi.

Lebih menggemparkan apabila bumbung itu terjatuh ke kawasan taman mini sekolah berkenaan kira-kira pukul 3.20 petang tadi.

Ketika kejadian, para murid sedang menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman Hussaini dihubungi mengesahkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tinjauan di tempat kejadian didapati bumbung sekolah itu terjatuh di kawasan tengah bangunan sekolah yang ditempatkan di taman dan pondok rekreasi.

Bumbung sekolah diterbangkan angin kencang dalam kejadian hari ini.


Bumbung sekolah yang diterbangkan angin kencang.