Polis Selangor tidak akan berkompromi dengan masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar negeri ini, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas sama ada pihaknya akan melaksanakan operasi PATI di kawasan Cyberjaya susulan kejadian bunuh menimpa ketua jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, 40, di sebuah kondominium di Cyberjaya, baru-baru ini, yang dipercayai melibatkan pelaku warga asing.
Dalam kes tersebut tiga warga asing membabitkan dua warga Nigeria dan seorang warga Pakistan berusia lingkungan 30-an diberkas.
Menurut Noor Azam, berhubung operasi PATI, tindakan sentiasa berjalan.
"Jika ada aduan, polis akan bertindak secara bersepadu. PATI ini bukanlah hanya semata-mata warga Nigeria sahaja, tetapi semua warga asing yang menyalahi undang-undang imigresen.
"Bukan sahaja di Cyberjaya, tetapi di semua lokasi yang dilaporkan seperti kawasan pasar borong dan lain-lain," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
BACA: Kematian Siti Kharina akibat luka hirisan di leher
BACA: Siti Kharina dikelar, darah mengalir sampai ke pintu
Beliau berkata, jika ada laporan berhubung masalah PATI, polis akan melaksanakan operasi dalam usaha membanteras golongan ini.
Terdahulu, polis mengesahkan suspek utama lelaki Nigeria, Aliwajuwon Gilbertalowonle yang ditahan reman kerana disyaki terlibat dalam Siti Kharina itu datang ke Malaysia awal Januari lepas menggunakan pas lawatan pelancong sejak Januari lepas, namun telah menetap lebih masa di negara ini.
Sementara itu, polis masih menyiasat butir-butir diri seorang wanita Nigeria dan seorang lelaki Pakistan yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes itu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya masih menunggu keputusan siasatan dan keputusan pihak pendakwa raya untuk tindakan seterusnya.
"Berhubung motif itu biar polis siasat dulu, perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti," katanya.
Terdahulu, pada 10 Mei lalu, polis menerima laporan pada jam 4.20 petang mengenai kehilangan mangsa. Mangsa dipercayai telah keluar rumah pada 9 Mei, namun tidak pulang ke rumah di Kampung Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.
Siti Kharina bagaimanapun ditemui mati di rumah sewanya di kondominium di Cyberjaya, Rabu lalu dengan kesan kelaran di kepala, leher dan dada.
Sinar Harian
Mon May 20 2019
Polis masih menyiasat butir-butir diri seorang wanita Nigeria dan seorang lelaki Pakistan yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Siti Kharina. - Gambar fail
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Bunuh Siti Kharina: Polis tidak kompromi dengan PATI
Ia susulan pembunuhan ketua jururawat Hospital Serdang Siti Kharina Mohd Kamarudin di sebuah kondominium di Cyberjaya, yang dipercayai melibatkan pelaku warga asing.