KUALA LUMPUR:Sejumlah besar pengembara dari Sabah yang tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini terpaksa menunggu lebih tiga jam bagi menjalani saringan COVID-19.
Mereka yang kebanyakannya pulang untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah semalam kini diwajibkan menjalani saringan tersebut selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan arahan itu pada Sabtu.
Salah seorang pembaca Astro AWANI yang enggan mendedahkan identitinya berkata, dia bersama semua individu yang tiba di KLIA dari Sandakan tengah hari tadi terpaksa menunggu lebih satu jam di pintu ketibaan tanpa sebarang pemakluman atau taklimat berkenaan proses saringan.
"Kami hanya diarahkan berdiri dan beratur di pintu ketibaan. Tidak ada seorang pun pegawai yang maklumkan kepada kami berkenaan apa yang perlu kami lakukan. Kami tunggu sahaja.
"Selepas lebih satu jam, baru kami dibenarkan bergerak ke lokasi seterusnya untuk menjalani saringan suhu, mengisi borang dan melakukan ujian swab.
"Kawan saya dari Kota Kinabalu pada tadi pun mengalami situasi sama, hampir empat jam baru selesai semuanya," katanya kepada Astro AWANI.
Dia yang tiba sekitar jam 2.50 petang tadi, masih lagi beratur menunggu saringan COVID-19 dilakukan ketika berita ini diterbitkan.
"Apabila kami satu penerbangan yang mungkin lebih 100 orang ini, tunggu dan beratur di satu tempat yang lama, itu juga mendedahkan kami kepada jangkitan.
"Mereka yang bebas jangkitan, mungkin boleh berjangkit kalau ada pembawa virus dalam penerbangan yang sama," ujarnya.
Justeru, dia mengharapkan agar pihak berwajib seperti petugas KKM dan pasukan keselamatan dapat melancarkan proses tersebut.
"Mereka yang muda, perseorangan mungkin tak ada masalah nak menunggu. Tapi saya kasihan kepada mereka yang berkeluarga, ada anak kecil, terpaksa menunggu lama.
"Ada anak kecil yang menangis, mungkin kerana menunggu terlalu lama atau kelaparan," katanya.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Sep 27 2020
Penumpang dari Sandakan yang tiba di KLIA hari ini terpaksa menunggu lebih satu jam hanya di pintu ketibaan, sebelum dimaklumkan berkenaan langkah seterusnya yang perlu dilalui mereka. - Foto Pembaca Astro AWANI
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
Pesawat ringan lakukan pendaratan cemas di LTSAAS
Insiden melibatkan pesawat ringan jenis Diamond DA-42 dengan nombor pendaftaran N566CB dikendalikan Techstrait Ltd.
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Hafizul didakwa cuba bunuh Farah Cie, cederakan pengawal peribadi
Hafizul, 38, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
'Saya masih menyayangi isteri saya' - Suspek kes tembak KLIA
"Assalamualaikum...saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa', terima kasih."- Suspek
Suspek kes tembak di KLIA disambung reman di Kota Bharu
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek akan disambung reman bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.