awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya masih menyayangi isteri saya' - Suspek kes tembak KLIA

Sinar Harian
Sinar Harian
22/04/2024
01:30 MYT
'Saya masih menyayangi isteri saya' - Suspek kes tembak KLIA
Suspek tiba jam 8.35 pagi di Mahkamah Majistret 2 Kota Bharu pada Isnin. - Gambar Sinar Harian
KOTA BHARU: "Assalamualaikum...Saya masih menyayangi isteri saya, Farah Md Isa, terima kasih," itu kata suspek yang disyaki melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Kota Bharu pada Isnin.
Pengakuan itu dibuat Hafizul Hawari, 38, semasa tiba di sini pada jam 8.35 pagi untuk sambungan tempoh tahanan reman.
Mahkamah Majistret melanjutkan tempoh reman terhadap Hafizul selama lima hari bermula Selasa hingga Sabtu ini.
Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan pada 14 April lalu dalam kejadian kira-kira jam 1.20 pagi, suspek telah melepaskan dua das tembakan di Balai Ketibaan KLIA dengan menyasarkan isterinya yang sedang menunggu jemaah umrah.
Bagaimanapun, satu das tersasar, manakala satu lagi das mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan dilaporkan parah.
Suspek kemudian terus melarikan diri sebelum berjaya diberkas polis di Kota Bharu, Kelantan, pada 15 April.
Suspek kemudian telah direman tujuh hari sehingga 22 April.
Siasatan awal polis dipercayai kejadian bermotifkan perihal peribadi antara suspek dengan isterinya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KLIA
#suspek tembakan di KLIA
#masih sayang isteri
#Farah Md Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan