Penularan wabak COVID-19 tidak menghalang para pegawai kanan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) meneruskan Mesyuarat Pertama Pegawai-pegawai Kanan dan berkaitan (SOM1) di Putrajaya sejak 3 Februari lalu.
Pengerusi Mesyuarat Pegawai Kanan APEC 2020, Hairil Yahri Yaacob berkata mana-mana pegawai kanan yang tidak dapat hadir ke Putrajaya masih boleh mengikuti siri mesyuarat tersebut menerusi sidang video (video conference).
Ujarnya, beliau telah mempengerusikan beberapa siri mesyuarat secara dalam talian termasuk terbaharu pada Selasa melibatkan pegawai kanan dari China.
“Ada beberapa pegawai kanan ekonomi yang tidak dapat hadir SOM1 dan mesyuarat berkaitan bermula 3 hingga 22 Februari. Bagaimanapun kami melaksanakan pendekatan menerusi penglibatan jarak jauh, iaitu sidang video.
“Sebagai contoh, saya mempengerusikan mesyuarat di mana pegawai kanan dari China menyertainya menerusi sidang video.
"Walaupun beliau secara fizikal tidak berada di Putrajaya, namun kami masih boleh bermesyuarat menerusi penglibatan jarak jauh,” katanya kepada media di sini hari ini.
Beliau sebelum itu menghadiri Dialog Pelbagai Pemegang Taruh (MSD) seiring penganjuran APEC 2020 di Putrajaya pada Rabu.
Tambah Hairil, para pegawai kanan termasuk Kumpulan Kerja Kesihatan (HWG) APEC melihat penularan wabak ini sesuatu perkara yang amat serius.
Malah ujarnya, wabak yang merebak hampir ke semua anggota ekonomi APEC itu telah memberi kesan langsung kepada ekonomi.
“Kami ada membincangkannya (COVID-19) dalam mesyuarat pada seminggu atau dua minggu lalu. Mereka (pegawai-pegawai kanan APEC) semua bersetuju bahawa COVID-19 telah mewujudkan situasi yang bahaya kepada kita semua.
“Kita perlu mengambil langkah sewajarnya kerana ia telah memberi kesan kepada ekonomi, rantaian bekalan, pengurusan logistik, segalanya terkesan.
“Kami telah berbincang berkenaan COVID-19 dan amat-amat prihatin terhadap wabak ini. Tapi saya boleh pastikan, kami akan memenuhi permintaan delegasi yang tidak dapat hadir ke Putrajaya, bagi memastikan mereka dapat mengadakan perbincangan yang jitu walaupun tidak hadir ke Putrajaya,” jelasnya.
Beliau memaklumkan, Malaysia selaku tuan rumah APEC 2020 telah mengambil langkah-langkah sewajarnya dengan menyediakan topeng muka, cecair sanitasi tangan (hand sanitizer), alat penyukat suhu dan pasukan perubatan sebagai langkah pencegahan awal COVID-19 kepada para delegasi.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Feb 19 2020
Hairil berkata mana-mana pegawai kanan yang tidak dapat hadir ke Putrajaya masih boleh mengikuti siri mesyuarat tersebut menerusi sidang video. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Suami akan tunai hasrat terakhir Mendian Joanna
Suami mendiang Joanna Feliscia Rohna mendedahkan isterinya ada berpesan untuk menjaga dua anak mereka dua minggu sebelum pergi meninggalkan mereka buat selama-lamanya.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Panglima Medan Timur Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi menyifatkan Pakej Pertahanan Sarawak yang ditawarkan oleh Premier Sarawak membantu pihaknya mendapatkan kelengkapan dengan menggunakan teknologi sedia ada.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Hajiji-Cabrera bincang kerjasama strategik Sabah-Uruguay
Kunjungan ini juga merupakan peluang untuk memperkenalkan potensi ekonomi dan peluang pelaburan di Sabah kepada pihak Uruguay, serta menjajaki bidang kerjasama yang saling menguntungkan antara kedua wilayah.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sesi kaunseling kepada keluarga mangsa libatkan KWKM dan KPM
Datuk Seri Nancy Shukru menjelaskan sesi kaunseling melibatkan anak mangsa nahas helikopter di Lumut akan mellibatkan Kementerian Wanita dan Masyarakat dan Kementerian Pendidikan Malaysia.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Najib diberi peluang jelaskan mengenai dokumen 1MDB ketika disoal siasat - Pegawai SPRM
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib diberi peluang untuk menjelaskan secara terperinci mengenai dokumen berkaitan 1MDB, ketika disoal siasat.
Pantau Agenda Reformasi: Penstrukturan akaun & pengenalan akaun 3 KWSP
Ikuti kupasan penganalisis ekonomi Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai mengenai penstrukturan akaun KWSP & pengenalan akaun 3.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Berhadapan tekanan Israel, FCC tiada istilah putus asa'
Pemeriksaan kapal penumpang, Akdeniz (Mediterranean) yang terlibat dalam misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza dilaporkan sedang berjalan.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu keresahan akibat pemecahan ekonomi global
Mesyuarat pertama ABAC 2024 beri tumpuan kepada keresahan yang mendalam berkenaan tekanan daripada pemecahan ekonomi global.
APEC tidak boleh goyah dalam menyokong kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Katanya, platform tersebut mesti meningkatkan manfaat perjanjian perdagangan pelbagai hala.
Dunia perlu agenda perubahan, capai kejayaan bersama - MITI
Dunia memerlukan agenda perdagangan baharu yang tidak terikat dengan klise lama.
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Mesyuarat tiga hari bermula semalam menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Anwar kutuk Israel depan Joe Biden
Anwar menggunakan setiap ruang yang ada pada pertemuan tersebut untuk membangkitkan isu penindasan berterusan terhadap rakyat Gaza.
PM Anwar laung seruan selamatkan penduduk Gaza, wakili ekonomi pesat membangun di APEC 2023
Mesej PM di setiap platform mudah dan jelas - pembunuhan dan kekejaman di Gaza perlu dihentikan dan tidak ada pilihan lain lagi.
Malaysia raih pelaburan bernilai RM63.02 bilion di Amerika Syarikat - Anwar
Malaysia telah meraih pelaburan sebanyak RM63.02 bilion bagi cadangan pelaburan di Amerika Syarikat (AS) terutamanya daripada syarikat gergasi teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amerika Syarikat harus bersikap adil mengenai konflik di Gaza - Anwar
Prinsip keadilan dan hak asasi manusia adalah penting untuk ditegakkan termasuk dalam isu perdagangan global dan pertumbuhan ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar suarakan krisis Gaza pada dialog APEC, kejutkan pemimpin ekonomi anggota
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyuarakan mengenai pertumpahan darah yang berlaku di Semenanjung Gaza di tengah-tengah serangan udara dan darat Israel yang tidak henti-henti.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.