awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau

Astro Awani
Astro Awani
15/02/2024
04:45 MYT
APEC 2024: Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi serantau
Liew berucap pada majlis perasmian mesyuarat Majlis Penasihat Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto ABAC
KUALA LUMPUR: Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) membuka tahun persidangan dengan penganjuran mesyuarat pertama Majlis Penasihat Perniagaan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (ABAC).
Mesyuarat tiga hari bermula semalam itu menjadi platform dialog kepada usaha untuk meredakan tekanan ekonomi yang melanda rantau ini.
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Liew Chin Tong berkata, mesyuarat berkenaan penting bagi Malaysia membuka peluang kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dengan pemimpin-pemimpin perniagaan daripada 20 ekonomi APEC.
"Sekarang ini kita menghadapi pelbagai cabaran di arena antarabangsa. Ada persaingan geopolitik, ada cabaran, tetapi dengan kewujudan APEC, ia dapat meredakan ketegangan itu.
"Negara-negara terlibat dengan APEC boleh gunakan platform ini untuk mengadakan dialog, kerjasama, untuk selesaikan masalah yang dihadapi daripada segi ekonomi dan perdagangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) di sini, hari ini.
Menurut Liew, tidak kurang penting ialah untuk berada dalam satu meja besar bersama ekonomi besar dunia seperti Amerika Syarikat, China dan Rusia.
Ia sebagai platform yang menawarkan perspektif perniagaan kepada kerajaan berhubung pelaksanaan agenda APEC bagi meningkatkan perdagangan di rantau ini.
"Jadi, kita perlu terus berdialog bagi melihat cara bekerja antara satu sama lain, dengan pelbagai ekonomi, untuk memastikan bahawa kita benar-benar menyampaikan perdagangan yang sesuai untuk ramai orang.
"Kita memerlukan generasi baharu, agenda perdagangan baharu. Agenda perdagangan ini penting untuk Malaysia, dan juga ekonomi APEC," tambahnya.
Mesyuarat pertama ABAC tumpu reda tekanan ekonomi
Ditubuhkan pada November 1995 oleh pemimpin ekonomi APEC, ABAC berfungsi sebagai platform penting perdagangan di rantau ini. Setiap ekonomi APEC diwakili oleh maksimum tiga ahli tetap daripada sektor swasta yang dilantik oleh ketua ekonomi APEC masing-masing.
Topic Berkaitan
#Liew Chin Tong
#ABAC
#APEC
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan