Loji Rawatan Air (LRA) Tupah mengalami kemerosotan sumber air mentah akibat cuaca panas dan kering berpanjangan serta kekurangan taburan hujan di beberapa tempat terutama di Merbok, Kedah.
Menurut Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan hari ini, kemerosotan sumber air mentah tersebut dijangka menjejaskan kira-kira 5,000 akaun atau 20,000 pengguna di sekitar Semeling, Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai serta kawasan sekitarnya.
"Sebagai langkah mitigasi jangka pendek, Syarikat Air Darul Aman Sdn Bhd (SADA) akan menempatkan tangki-tangki statik, serta menghantar bekalan air bersih kepada pengguna yang terjejas menggunakan lori-lori tangki sedia ada.
"Bagi pengguna yang terjejas, mereka boleh menghubungi SADA di talian 04-7400500 untuk maklumat lanjut," katanya.
Sementara itu, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli melalui SPAN, turut menyelaras bantuan berupa 13 lori tangki milik rakan-rakan operator air dengan masing-masing dua dari Lembaga Air Perak, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Syarikat Air Melaka Berhad dan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd manakala Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (satu) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (empat) untuk membantu SADA menangani gangguan bekalan air yang dihadapi kini.
"Kementerian juga meminta kerajaan negeri dan operator air di setiap negeri memantau rapi kedudukan sumber di semua empangan dan sungai yang membekalkan sumber air mentah ke loji rawatan air di negeri masing-masing.
"Pengguna pula dinasihati berjimat ketika menggunakan sumber air bersih dan tidak membazir agar sumber yang ada dapat dilestarikan," katanya.
Bernama
Tue Mar 12 2019
Kemerosotan sumber air mentah tersebut dijangka menjejaskan kira-kira 5,000 akaun atau 20,000 pengguna di sekitar Semeling, Merbok, Singkir dan Tanjung Dawai serta kawasan sekitarnya. - Gambar hiasan
Ibu hamil 7 bulan, suami dan anak selamat kereta jatuh gaung
Kereta dipandu Nur Raihan hilang kawalan semasa menuruni bukit sehingga terbabas dan jatuh gaung sedalam 10 meter.
[TERKINI] Pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Subang
Sebuah pesawat ringan dilaporkan melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor pada pagi Jumaat.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan kepada Women of Will (WOW) dan Persatuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.
Kerja penyenggaraan berjadual pastikan bekalan air berterusan - Air Selangor
Kerja-kerja penyenggaraan secara berjadual untuk beberapa aset utama Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), akan dilaksanakan pada tahun ini bagi memastikan pengguna mendapat perkhidmatan bek