KUALA LUMPUR:Tiada istilah darurat ekonomi, politik mahupun kesihatan.
Menurut Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Dr Hamidin Abdul Hamid, darurat hanya membawa satu maksud dan ia tidak sepatutnya membebankan rakyat.
Jelasnya, rakyat perlu diberi pemakluman awal dalam apa sahaja keputusan yang bakal dilakukan.
“Saya sedikit keliru kerana, kebanyakan konsep darurat ekonomi, politik, atau kesihatan, sebenarnya tidak ada. Dan kita perlu akui, (sekiranya darurat) penggantungan Parlimen mesti dilakukan dan kuasa diletakkan di bawah Yang di-Pertuan Agong.
“Tetapi persoalannya, adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi keadaan ini? Dan adakah kita sudah berada pada tahap no turning back, atau tiada rundingan, selain pengisytiharan darurat?
“Kita masih mempunyai ruang yang luas, terutama dalam konteks ekonomi, untuk berunding, seperti juga ketika kita berdepan masalah pandemik, dengan adanya Akta 342 yang boleh menangani persoalan ini,” katanya, merujuk kepada Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
BACA: Mungkinkah kerajaan akan isytihar darurat kesihatan?
Bercakap ketika dihubungi menerusi program Agenda AWANI malam tadi, Hamidin turut menyentuh mengenai persoalan perlunya pengisytiharan darurat ketika negara ketika ini tertumpu kepada Belanjawan 2021 yang dijadual diumum pada 6 November nanti.
Katanya, isu berkenaan belanjawan sepatutnya dibincangkan antara pihak berkepentingan tanpa perlu melakukan pengisytiharan darurat.
“Bagi saya, sesebuah kerajaan itu seharusnya mampu menangani sebarang isu dengan melakukan rundingan dengan ahli politik lain untuk pastikan negara berada pada tahap baik, terutamanya ketika COVID-19.
“Kegagalan melakukan perkara ini menunjukkan kerajaan memerintah gagal menyelesaikan permasalahan dan masalah itu tidak seharusnya beri membeban kepada rakyat melalui pelaksanaan darurat,” katanya.
BACA: Perdana Menteri selesai menghadap Agong
Saksikan program penuh Agenda AWANI yang bersiaran pada Jumaat malam di bawah;
Nursyazwani Saiful Sham
Fri Oct 23 2020
HAMIDIN: Bagi saya, kerajaan seharusnya mampu menangani sebarang isu dengan melakukan rundingan dengan ahli politik untuk pastikan negara berada pada tahap baik, terutamanya ketika COVID-19. - Gambar fail
Bukit Aman ambil alih kes simbah asid Faisal Halim, suspek kedua direman 5 hari
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan sebelum itu dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya bagi tujuan permohonan reman.
Prinsip ESG asas penting untuk industri pertahanan - Khaled
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata adalah penting bagi industri pertahanan untuk mendukung prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Pokok tumbang hempap landasan monorel, kereta di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang dan menghempap sebahagian landasan monorel serta beberapa kereta di kawasan itu pada petang Selasa.
Caprice, isteri henti kongsi mengenai anak di laman sosial
Menerusi Instastory, Caprice berkata dia dan isterinya iaitu Farra Inalis seronok dengan perkongsian daripada ibu bapa yang turut memberi tips penjagaan bayi.
KTM yakin 790 Duke bakal menambah hati peminat
Sempena ulang tahun ke-30, KTM dengan bangganya memperkenalkan slogan baru: “No Bullshit which epitome the lifestyle of embracing challenges and pushing boundaries”.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, KTM 790 Duke mempunyai permintaan yang sangat tinggi di Asia sehingga KTM Duke telah memindahkan kilang pembuatan KTM 790 Duke ke China.
Pendidikan, budaya kerja dalam membentuk masa depan ekonomi mampan
Menurut Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari, langkah menyesuaikan sistem pendidikan dan budaya adalah untuk memastikan kelestarian pertumbuhan ekonomi serta mendorong peningkatan keupayaan untuk mengadaptasi setiap arus perubahan yang dinamik.
Aksi sumbangsih: 1,500 polis kawal keselamatan di Stadium Sultan Ibrahim
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi mengawal keselamatan pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Jumaat ini.
Piala Sumbangsih: Jangan ada provokasi - Polis
Polis ingatkan supaya jangan ada provokasi pada perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri Jumaat ini.
Tanggungjawab basmi rasuah bukan hanya di tangan kerajaan
Tanggungjawab perangi rasuah bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata.
Menurut pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid, sebaliknya, tanggungjawab itu merangkumi semua lapisan masyarakat untuk membasmi jenayah itu secara menyeluruh.
Menurut pakar kriminologi, Datuk Shahul Hamid, sebaliknya, tanggungjawab itu merangkumi semua lapisan masyarakat untuk membasmi jenayah itu secara menyeluruh.
Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Agong lawat Parlimen Singapura
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan melawat Parlimen Singapura bersempena dengan lawatan negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri tiba di Singapura untuk Lawatan Negara sulung
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berangkat tiba di Singapura hari ini bagi mengadakan Lawatan Negara selama dua hari ke republik berkenaan.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Singapura pada 6, 7 Mei
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua ke negara berkenaan adalah atas jemputan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan Selamat Hari Bomba Sedunia 2024 kepada seluruh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Papagomo didakwa hasut, datangkan kebencian terhadap Agong
Wan Muhammad Azri didakwa menerbitkan penerbitan menghasut berkaitan isu pemilik KK Supermart menghadap Sultan Ibrahim di laman X miliknya.
Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan
Beliau berkata Wan Muhammad Azri ditahan di rumahnya di Setapak tengah hari tadi.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.