Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan pengagihan dividen 4 peratus bagi pemilik akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) 2019.
Manfaat itu akan diterima oleh pendeposit yang memiliki akaun dibawah dua skim SSPN iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus.
Menurut Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan berjumlah RM147.25 juta dan akan diterima lebih 4.39 juta pendeposit SSPN.
Katanya, kadar dividen 4 peratus tersebut diberi berdasarkan kepada pulangan bersih pelaburan yang telah dibuat atas deposit yang diterima pihak PTPTN.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman Dividen 2019 SSPN di ibu pejabat PTPTN pada Rabu..
Dalam masa sama, beliau turut melancarkan Ganjaran Kesetiaan 2020 buat pemilik akaun jangka panjang SSPN-i iaitu mereka yang telah mendaftar sebelum 2017.
Ganjaran yang sama juga boleh dinikmati mereka yang menambah simpanan dalam tempoh promosi skim tersebut.
“(Tempoh) bermula dari hari ini (5 Februari 2020) sehingga 30 April 2020. Setiap pendeposit SSPN-i yang memenuhi syarat kelayakan akan menerima Ganjaran Kesetiaan sebanyak 1 peratus atas simpanan yang dibuat dalam tempoh promosi tersebut.
"Ini merupakan insentif khas yang kita berikan sebagai pulangan tambahan selain daripada dividen tahunan,” katanya.
Menyentuh mengenai rekod, pada tahun lalu PTPTN mencatatkan keuntungan pelaburan berjumlah RM205.27 juta.
Prestasi tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak RM41.73 juta berbanding jumlah yang dicatatkan pada tahun 2018 iaitu RM163.54 juta.
Menjelas lanjut mengenai prestasi cemerlang itu, PTPTN kata beliau, juga berjaya mencapai kutipan tertinggi deposit SSPN berjumlah RM1.37 billion sejak SSPN diwujudkan pada 2004.
Mengikut rekod PTPTN, sebanyak 455, 952 akaun SSPN baharu dibuka pada tahun lalu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4.39 juta pemilik bagi akaun simpanan ini.
Nickyson Nyambar
Wed Feb 05 2020
Wan Saiful Wan Jan (tiga dari kanan) melancarkan Dividen SSPN 2019 dan Ganjaran Kesetiaan SSPN-i 2020 di Menara PTPTN pada Rabu. - Gambar Astro AWANI
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Elak bergantung pada sumber lain, kukuhkan literasi kewangan
Menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Sosial, Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Norma Mansor, pendidikan literasi kewangan dalam kalangan masyarakat juga perlu ditingkatkan agar rakyat Malaysia lebih peka terhadap keperluan merancang kewangan mereka.
Teroka pasaran baharu, tingkat perdagangan serantau
Selain lebih banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), beliau turut melihat perdagangan dalam kalangan ASEAN juga wajar diberi penekanan yang lebih lagi.
Pasaran: FBM KLCI naik 14% sejak awal tahun ini
Ketua Strategi, MIDF Research, Syed Muhammed Kifni Syed Kamaruddin berkata beberapa pengumuman serta kemas kini projek semasa telah memberi kecenderungan positif kepada pasaran ketika ini.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN dilancar sempena Hari Kebangsaan
Bersempena dengan sambutan Kemerdekaan ke-66, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) buat julung kalinya melancarkan Karnival Semarak Kasih Merdeka PTPTN.
Rebut insentif diskaun bayaran balik PTPTN hingga 31 Mei
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyeru peminjam supaya memanfaatkan insentif diskaun bayaran balik pinjaman hingga 20 peratus yang ditawarkan oleh agensi itu hingga 31 Mei ini.
Dividen Simpan SSPN 2022 diumum 3.05 peratus, ganjaran kesetiaan 1 peratus
5.73 juta pendeposit akaun Simpan SSPN akan menerima manfaat membabitkan anggaran peruntukan RM266.17 juta.
Penangguhan bayaran dan diskaun pinjaman PTPTN dalam tempoh terdekat
Penangguhan bayaran balik dan pengurangan bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan dalam inisiatif Belanjawan 2023 akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Bulan Menabung Simpan SSPN 2022 jana terimaan deposit 117 peratus berbanding sasaran
Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2022 anjuran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencatatkan kejayaan dengan terimaan deposit Simpan SSPN berjumlah RM175.8 juta.
PTPTN catat jumlah deposit SSPN RM3.01 bilion bagi 2021
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) merekodkan sebanyak RM3.01 bilion jumlah deposit akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) bagi 2021.
Bayaran balik PTPTN dengan diskaun boleh dibuat ikut saluran disediakan
Pembayaran semula pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dengan diskaun yang diumumkan oleh kerajaan bermula 1 Nov ini boleh dibuat menerusi beberapa saluran disediakan.
PTPTN ubah imej dengan Pelan Strategik 2021-2025
Setelah 24 tahun kewujudan, masyarakat perlu menyedari fungsi dan sumbangan utama PTPTN kepada pembangunan ekonomi dan pendidikan negara.