Dua kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang membabitkan dua mangsa kanak-kanak berusia dua dan lapan tahun dengan seorang daripadanya masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang(HPP).
Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Asmayani Khalib berkata, kedua-dua kanak-kanak itu menerima rawatan sejak Isnin lalu namun seorang daripadanya telah dibenarkan pulang.
Dua kanak-kanak itu masing-masing dari Kampung Badak Mati dan Taman Kuang, Sungai Bakap, dekat sini, dilaporkan dalam keadaan stabil, namun kenyataan itu tidak memperincikan mangsa yang mana masih menerima rawatan di HPP.
"Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) sudah meminta Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan di kawasan sekitar lokaliti kes melakukan aktiviti kawalan dan pencegahan sejak Selasa lalu, iaitu sehari selepas kes dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr. Asmayani berkata, sebanyak 4,068 bekas telah diperiksa di kawasan berkenaan dan pihaknya menemukan 18 daripadanya mengandungi tempat pembiakan nyamuk Culex serta sudah disembur dengan bahan pembunuh jentik-jentik.
Katanya, selain itu, pihaknya turut menjalankan aktiviti semburan kabus meliputi semua 1,082 premis di kawasan berkenaan dalam lingkungan dua kilometer radius daripada rumah kes iaitu membabitkan kediaman dua kanak-kanak tersebut.
"Aktiviti pengesanan kes aktif turut dijalankan di kawasan kediaman mangsa membabitkan 3,806 penduduk dengan kesemuanya tidak mempunyai gejala JE. JKNPP juga mengeluarkan 'JE Alert' kepada hospital dan pejabat kesihatan daerah untuk meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengesanan kes baharu JE," katanya.
Beliau berkata, JKNPP turut bekerjasama dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) bagi membasmi penularan JE di kawasan berkenaan dan setakat ini sebanyak lapan ladang khinzir yang mana tiga daripadanya terletak dalam lingkungan 1.5 kilometer dari kawasan kes.
"Sampel daripada khinzir juga sudah diambil dan dihantar ke makmal untuk pengesanan virus JE.Pengusaha ladang khinzir dipohon supaya mematuhi amalan penternakan yang baik untuk meningkatkan tahap kebersihan ladang serta bebas daripada tempat pembiakan nyamuk terutamanya nyamuk Culex," katanya.
Bagi tempoh Januari hingga kelmarin, sembilan kes termasuk satu kes kematian JE dilaporkan di Malaysia berbanding 12 kes dan tiga kematian bagi tempoh sama pada tahun lalu.
Kes yang dilaporkan tahun ini adalah tiga dari Sabah, dua (Kedah), dua (Pulau Pinang) dan masing-masing satu dari Sarawak dan Perak. - BERNAMA
Bernama
Sat Jun 27 2020
Bagi tempoh Januari hingga kelmarin, sembilan kes termasuk satu kes kematian JE dilaporkan di Malaysia berbanding 12 kes dan tiga kematian bagi tempoh sama pada tahun lalu.- Gambar fail BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
3 kematian, jangkitan JE di Kedah tidak membimbangkan - Exco
Kes jangkitan 'Japanese Encephalitis' (JE) di Kedah tidak membimbangkan walaupun mencatatkan tiga kematian sejak awal tahun ini, kata Exco Kesihatan Datuk Dr Mohd Hayati Othman.
Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kedah
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan dua kematian akibat jangkitan Japanese Encephalitis (JE) di daerah Kota Setar.
Empat kes JE di Pulau Pinang negatif
Empat daripada tujuh kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang sejak Januari hingga semalam disahkan negatif, menurut Jabatan Kesihatan (JKN) Pulau Pinang.
Dua kanak-kanak mangsa JE dikesan di Pulau Pinang
Kedua-dua kanak-kanak itu menerima rawatan sejak Isnin lalu namun seorang daripadanya telah dibenarkan pulang.
Dua kes JE dikesan di Pulau Pinang
Dua kes JE dilaporkan di Pulau Pinang yang dikenal pasti berlaku di lokaliti Sungai Bakap di daerah Seberang Perai Selatan (SPS).
Trivia: 5 wabak ini pernah mengancam nyawa rakyat Malaysia
Penularan wabak penyakit semestinya menakutkan populasi dunia. Lebih-lebih lagi jika ia muncul secara tiba-tiba dan tiada vaksin dapat mencegahnya.