Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ekonomi Malaysia akan kembali pulih selepas krisis COVID-19 berakhir, namun, ia dijangka mengambil masa yang lama kerana asas ekonomi negara perlu dibina semula.
Justeru itu, katanya, semua pihak dan rakyat Malaysia perlu bangkit dan bekerja lebih kuat bagi memastikan ekonomi negara dapat dipulihkan dengan segera.
"Ekonomi kita akan pulih apabila kita tidak lagi tersekat dalam menjalankan kerja-kerja kerana wabak ini."Kita dapati tabiat-tabiat bekerja itu berkurangan dan kita perlu bangunkan diri kita sendiri untuk bekerja lebih kuat kerana dengan bekerja kuatlah kita dapat pulihkan ekonomi negara kita dengan lebih cepat," kata beliau.
Dr Mahathir berkata demikian semasa menjawab soalan menerusi segmen 'Apa Nak Tanya' yang diadakan secara langsung (live) di laman Facebook dan Instagram @chedetofficial, hari ini
Beliau meluangkan masa hampir sejam bagi menjawab 20 soalan termasuk isu berkaitan COVID-19 serta tips kehidupan peribadinya daripada para pengikut laman media sosial beliau.
Negarawan itu juga menasihati rakyat Malaysia supaya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac hingga 14 April ini bagi meratakan lengkung dan memutuskan rantaian wabak tersebut.
"Berapa lama masa diambil untuk pulih, terpulang kepada kita, kalau kita ikut PKP, lebih cepat kita kembali kepada aktiviti harian kita," kata Dr Mahathir.
Apabila ditanya mengenai impak COVID-19 terhadap ekonomi global, beliau berkata: "Dahsyat, ini sangat dahsyat."
Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pandemik itu memperlahankan akvitivi ekonomi sehingga menjejaskan kerja dan produktiviti rakyat.
"... apabila orang tidak keluar bekerja, mereka tidak produktif, tidak memberikan apa-apa, tidak membantu perniagaan dan oleh itu mereka tidak menjana kekayaan," kata Dr Mahathir.
Beliau berkata, industri pelancongan turut terjejas dengan larangan perjalanan dikenakan oleh banyak negara sehingga mengakibatkan pembatalan penerbangan dan tempahan hotel, justeru membawa kepada kesulitan ekonomi.
"Susulan pandemik, pelancong tidak boleh pergi ke mana-mana, Keseluruhan industri pelancongan menderita. Hotel, restoran, bekalan dan semua orang akan menderita," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 01 2020
Semua pihak dan rakyat Malaysia perlu bangkit dan bekerja lebih kuat bagi memastikan ekonomi negara dapat dipulihkan dengan segera, kata Dr Mahathir Mohamad. - Gambar fail
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Ekonomi negara ambil masa pulih selepas COVID-19 - Dr Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ekonomi Malaysia akan kembali pulih selepas krisis COVID-19 berakhir, namun ia dijangka mengambil masa yang lama.