Semua sekolah di negeri Perlis, daerah Jerantut dan Temerloh di Pahang ditutup Jumaat berikutan cuaca panas dan kering akibat fenomena El Nino yang melanda negara sekarang.
Kementerian Pendidikan berkata pemantauan terhadap cuaca kering dan panas itu mendapati kawasan berkenaan mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37˚C pada satu-satu masa, dalam tempoh tiga hari berturut-turut.
"Penutupan itu adalah sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas, yang akan melibatkan sejumlah 259 sekolah iaitu 68 sekolah menengah dan 191 sekolah rendah.
"Jumlah murid terlibat adalah seramai 97,533 orang iaitu 91,862 orang murid sekolah menengah dan rendah serta seramai 5,671 orang murid prasekolah," kata kementerian dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bagaimanapun, penutupan sekolah itu hanya melibatkan ketidakhadiran murid dan pelajar serta tidak perlu diganti.
"Operasi pentadbiran sekolah, kecuali aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) murid, hendaklah berjalan seperti biasa.
"Semua guru dan kakitangan sekolah hendaklah hadir ke sekolah masing-masing dan bertugas seperti biasa termasuklah tugas-tugas rutin dan lain-lain tugas yang tidak melibatkan murid-murid," kata Kementerian Pendidikan.
Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah terlibat hendaklah memantau bagi memastikan pematuhan terhadap arahan penutupan itu.
Kementerian Pendidikan juga meminta kerjasama ibu bapa dan penjaga supaya mengawal pergerakan dan aktiviti anak-anak di bawah jagaan masing-masing semasa tempoh penutupan sekolah itu.
Bernama
Thu Apr 21 2016
Penutupan sekolah itu hanya melibatkan ketidakhadiran murid dan pelajar serta tidak perlu diganti. -Gambar fail
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Keluarga mohon bantuan kesan anak dikhuatiri hilang
Anak kedua daripada empat beradik itu dilihat keluar dari rumah pada 20 Feb lalu, kira-kira jam 10.30 pagi dengan menaiki motosikal.
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Dunia rekodkan suhu terpanas sejak 1850
Punca utama haba luar biasa adalah pelepasan gas rumah hijau yang disebabkan oleh manusia, kata Perkhidmatan Perubahan Iklim Copernicus EU.
Proses pembenihan awan hasilkan 67 peratus hujan di Sabah
Proses pembenihan awan yang dijalankan selama tiga hari bermula Khamis lepas di tiga daerah di Sabah berjaya menghasilkan 67 peratus hujan, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Kawasan di Tampin, Jempol rekod tanpa hujan 13 hari berturut-turut
Beberapa kawasan di Tampin dan Jempol merekodkan ketiadaan hujan hingga 13 hari berturut-turut akibat fenomena El Nino kali ini.
El Nino beri cabaran besar kepada pengeluaran keselamatan makanan di Sabah
Fenomena El Nino, memberi cabaran besar kepada pengeluaran keselamatan makanan di Sabah.
Lapan kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga di Utara Semenanjung
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas tahap berjaga-jaga di lapan kawasan utara Semenanjung Malaysia.
Tangguh aktiviti luar bilik darjah jika El Nino bertambah buruk - Wong
Kah Woh berkata pihaknya tidak mahu sebarang perkara di luar jangkauan berlaku terutama membabitkan kesihatan para pelajar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APM terima peningkatan panggilan berkaitan ular sepanjang El Nino
Jumlah kes membabitkan tangkapan replitia itu dijangka meningkat susulan amaran gelombang haba tahap dua di Pokok Sena.