Isu mengenai ahli UMNO yang lompat parti akan dibincangkan dalam Mesyuarat Presiden Pakatan Harapan Sabtu ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata fenomena lompat parti ahli UMNO ke Pakatan Harapan mempunyai baik dan buruknya yang mana perbincangan diperlukan bagi memahami isu tersebut.

“Ia perkara yang akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam mesyuarat Sabtu ini.

“Terlalu banyak telahan juga tidak bagus untuk kita biar kita berbincang dulu isu ini,” katanya pada media di Sidang Parlimen hari ini.

Sebelum ini Ahli Majis Tertinggi Bersatu Datuk A Kadir Jasin mendakwa kira- kira 40 Ahli Parlimen UMNO kemungkinan meninggalkan parti itu dan masuk Bersatu.

Ia mengundang reaksi daripada Pengerusi DAP Tan Kok Wai menyatakan tindakan lompat berparti beramai- ramai tidak bagus untuk Pakatan Harapan.