Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah berkata perkahwinan remaja perempuan 15 tahun di Kelantan mendapat persetujuan gadis itu.
Katanya berdasarkan laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), perkahwinan yang melibatkan remaja itu dengan lelaki berumur 44 tahun adalah atas dasar ‘suka sama suka’.
“Kami mendapati remaja perempuan itu adalah isteri kepada seorang duda yang sudah bercerai selama empat tahun... remaja itu bukan isteri kedua,” kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Wanita Kebangsaan 2018 di sini hari ini.
Media melaporkan perkahwinan remaja 15 tahun dengan seorang anggota Jabatan Sukarelewan Malaysia (Rela) berusia 44 tahun di Kelantan baru-baru ini. Lelaki itu mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan sebelumnya.
Dr Wan Azizah berkata beliau telah memaklumkan kepada Kabinet hari ini berhubung usaha-usaha yang giat dilaksanakan untuk meningatkan perkahwinan bawah umur kepada 18 tahun.
Beliau berkata kerajaan prihatin dengan kejadian perkahwinan bawah umur dan keburukannya terhadap kanak-kanak dari segi sosial, kesihatan, pendidikan dan kewangan.
Dr Wan Azizah berkata usaha untuk meningkatkan umur perkahwinan kanak-kanak perempuan memerlukan kerjasama pelbagai agensi dan juga pindaan akta.
“Sesetengah undang-undang di bawah bidang kuasa kerajaan negeri manakala ada yang di bawah Mahkamah Syariah. Untuk meminda Kanun Keseksaan, ia akan melibatkan pindaan Perlembagaan,” katanya.
Pada 13 September lalu, Dr Wan Azizah mengetuai satu jawatankuasa yang terdiri daripada pelbagai agensi berkaitan mencapai kata sepakat untuk menaikkan umur perkahwinan bagi kanak-kanak perempuan kepada 18 tahun.
“Usaha-usaha sedang giat dilaksanakan oleh agensi-agensi berkaitan bagi memastikan ianya dapat segera direalisasikan,” katanya.
— BERNAMA
Bernama
Wed Sep 19 2018
Dr Wan Azizah berkata perkahwinan remaja perempuan 15 tahun di Kelantan mendapat persetujuan gadis itu. -Gambar fail
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Anggota Rela maut: "31 Ogos tarikh yang dinanti-nantikan abah"
Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh yang sentiasa dinanti-nantikan Muhammad Noh setiap tahun kerana mahu menyertai perbarisan bersempena dengan Hari Kebangsaan bersama-sama pasukan Rela.
Anggota Rela meninggal dunia ketika perbarisan Hari Kebangsaan di Negeri Sembilan
Seorang anggota Rela meninggal dunia selepas rebah pada perbarisan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Sembilan di Dataran Seremban, pagi tadi.
Tiga individu termasuk anggota Rela direman kes tuntutan palsu
Tiga individu termasuk dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) direman lima hari bagi membantu siasatan kes membuat tuntutan palsu berjumlah RM103,664 pada 2019.
Anggota Rela derma darah 219 kali sejak 1995
Zakaria Omar yang berumur 48 tahun, aktif menderma darah sejak berusia 20 tahun.
Dua beradik didakwa bunuh anggota Rela
Dua beradik dituduh membunuh seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di hadapan sebuah unit pangsapuri di Petaling Jaya, 8 Okt lepas.
Kanak-kanak ditemukan lemas di tali air
Seorang anggota Rela yang kebetulan berada tidak jauh dari tempat kejadian cuba menyelamatkannya, namun mangsa disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Gunong.
Anggota Rela maut motosikal rempuh treler
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7.50 malam itu, mangsa Jamaludin Ahmed, yang beralamat di Kampung Beliang, Manong meninggal dunia di tempat kejadian.
Tiga sekawan guna bot sendiri bantu mangsa banjir di Kota Tinggi
Zamzul Arifin Mohidin, 38; Sapari Amat, 37; dan Hadi Salleh, 42, secara sukarela menawarkan diri membantu mangsa banjir menggunakan bot gentian kaca sepanjang 7.31 meter milik Sapari.
Cubaan seludup keluar 700 kilogram daun ketum ke Thailand gagal
Cubaan seorang lelaki yang juga anggota Rela berusia 22 tahun menyeludup 700 kilogram daun ketum melalui laluan kebun getah untuk ke sempadan negara jiran, Thailand gagal.
'Datuk Seri' kaki pukul positif dadah, gelaran disiasat polis
Seorang lelaki bergelar Datuk Seri yang mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) baru-baru ini, disahkan positif dadah.