Dua batang gigi yang ditemui di Gunung Raya, Pulau Langkawi sah milik Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3 tahun.
Pengesahan itu dibuat hasil analisis Jabatan Kimia yang mendapati ia sepadan dengan sampel darah ibu mangsa.
Menurut Ketua Polis Daerah Langkawi, Supritendan Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi menjelaskan, analisa darah pada bantal dan toto yang dirampas dari rumah suspek juga berpadanan dengan profil DNA si mati.
"Laporan awal kimia mendapati gigi yang ditemui dari tempat kejadian adalah sah milik kanak-kanak Siti Nur Aisyah Aleya ni dan kita pun padankan dengan DNA ibunya.
BACA: Dua batang gigi, gumpalan rambut milik Nur Aisyah ditemui - Polis
“Selain daripada itu titisan darah yang ditemui dekat bilik si mati dekat toto dia sama,” katanya kepada pemberita, di sini pada Selasa.
Iqbal turut mengesahkan suspek lelaki akan didakwa jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Langkawi di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Manakala suspek wanita yang merupakan jururawat di Hospital Sultanah Maliha Langkawi dibebaskan dengan jaminan bon mengikut Seksyen 118 Kanun Tatacara Jenayah.
Nur Aisyah sebelum ini dilaporkan hilang oleh ibu kandungnya, Rosmaliah Samo ketika berada di bawah jagaan kedua dua suspek yang tinggal di kuarters Hospital Langkawi.
Salim Aziz
Tue Mar 19 2019
Analisa darah pada bantal dan toto yang dirampas dari rumah suspek juga berpadanan dengan profil DNA Nur Aisyah.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Gigi dan titisan darah sah milik adik Nur Aisyah Aleya
Dua batang gigi yang ditemui di gunung raya, pulau langkawi sah milik Nur Aisyah Aleya Abdullah, 3 tahun.