Tutup

Gobind harap sambutan Deepavali cerahkan semangat kenegaraan rakyat

Gobind harap sambutan Deepavali cerahkan semangat kenegaraan rakyat
GOBIND: Marilah kita semua bersama-sama menyambut dan meraikan Hari Deepavali dengan penuh meriah bersama keluarga dan kawan-kawan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berharap sambutan perayaan Deepavali esok akan mencerahkan lagi perasaan dan semangat kenegaraan rakyat khususnya dalam era kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan.

Dalam ucapan menerusi video pendek yang dimuat naik di laman Facebook Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Isnin, beliau turut menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyambut perayaan itu.
"Marilah kita semua bersama-sama menyambut dan meraikan Hari Deepavali dengan penuh meriah bersama keluarga dan kawan-kawan kita... Selamat Hari Deepavali.. Happy Deepavali," katanya dalam video berdurasi 36 saat itu.

-- BERNAMA