Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM372,000 bagi membolehkan sebuah syarikat ditawarkan projek.
Dia membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.
Mengikut pertuduhan, Guan Eng, 60, sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Penang Development Corporation (PDC), telah didakwa menggunakan kedudukannya untuk suapan wang berjumlah RM372,000 bagi isterinya iaitu Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.
Ia bagi memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang yang bernilai RM11,610,000 di mana isterinya secara tidak langsung mempunyai kepentingan.
Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di antara19 Ogos 2013 dan 3 Mac 2016 di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR.
Bagi kesalahan itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang menjadi hal perkara kesalahan itu jika suapan itu dapat dinilai atau berbentuk wang atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi.
Sementara itu, isteri Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng yang berdepan tiga pertuduhan melakukan pengubahan wang haram RM372,000 yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya turut mengaku tidak bersalah.
Pengakuan dibuat di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.
Mengikut pertuduhan pertama, Betty telah menerima wang berjumlah RM87,009.00 daripada syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd yang telah dimasukkan ke dalam akaun Public Bank Taman Melaka Raya di antara 7 Oktober 2013 dan 4 Oktober 2014.
Bagi pertuduhan kedua, beliau menerima RM180,000 dari syarikat sama pada 3 September 2014 dan 11 Ogos 2015.
Manakala bagi pertuduhan ketiga, beliau didakwa menerima wang tunai sebanyak RM105, 000 pada 4 September 2015 dan 3 Mac 2016.
Semua kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Akta 613) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta yang sama.
Sabit kesalahan boleh dihukum tidak melebihi 15 tahun dan tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil suapan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya SPRM, Ahmad Akram Gharib, Mohd Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar, Francine Cheryl Rajendram dan Roslan Mat Nor.
Guan Eng diwakili barisan peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan V. Vemal Arasan manakala Betty diwakili Lee Khai, Sangeet Kaur Deo dan Ramkarpal Singh.
Mahkamah membenarkan kedua-dua mereka diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin.
Kes disebut semula di mahkamah sama pada 16 Oktober depan.
Dewi Nur Harasha Alias
Tue Aug 11 2020
Guan Eng dan isterinya Betty Chew mengaku tidak bersalah. -Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Guan Eng, isteri mengaku tidak bersalah dakwaan rasuah, pengubahan wang haram
Dia membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 23 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.