Astro AWANI telah memohon maaf sejurus menyedari kesilapan pengumuman tarikh sebenar Aidiladha di dalam Hari Ini Lapan pada Rabu.

Sebaik sahaja menyedari kesilapan, kami menyiarkan tarikh Hari Raya Aidiladha dalam bentuk rerayap (crawler) di saluran Astro AWANI secara terus menerus bermula 8.45 malam sehingga tengah malam tadi.

Saluran Astro AWANI juga telah menyiarkan permohonan maaf dan klip pengumuman yang betul dalam Buletin AWANI 9 malam, 10 malam dan 11 malam.