Parti Keadilan Rakyat (PKR) melahirkan rasa kesal kerana persetujuan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat bertarikh 8 Februari 2015 tidak dihormati oleh PAS sekali gus bertentangan dengan muafakat bersama yang dicapai dalam tahun 2011 mengenai pelaksanaan hudud.
Dalam sebuah kenyataan media oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presidennya Mohamed Azmin Ali hari ini, menyatakan bahawa kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) pada tahun 2011 telah mencapai keputusan bersama mengenai pelaksanaan hudud itu ia bukanlah agenda bersama PR.
“Sebarang dasar atau pelaksanaan dasar yang melibatkan Pakatan Rakyat perlulah mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti.
“Keputusan bersama ini sering dirujuk sebagai “agree to disagree” kerana mengambil kira Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1993 telah wujud sebelum (pembentukan ) PR,” ujar kenyataan itu.
Menurut kenyataan media tersebut, sebelum ini wakil Kerajaan Kelantan iaitu Timbalan Pesuruhjaya I PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah memaklumkan kepada mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada 8 Februari 2015 bahawa rang undang-undang yang bakal dibentangkan hanyalah pindaan empat perkara ke atas enakmen yang telah diluluskan dalam tahun 1993.
“PKR mengambil sikap menghormati bahawa pindaan itu bukanlah undang-undang baharu dan tidak mengubah status sedia ada.
“Walau bagaimanapun, PKR tidak diberikan draf pindaan sehinggalah minggu lepas iaitu pada 12 Mac 2015 (seminggu sebelum dibentangkan di Dewan Undangan Negeri).
“Draf yang dibentangkan itu bukanlah pindaan empat perkara seperti yang dimaklumkan tetapi merupakan pembentangan keseluruhan enakmen setebal 34 muka surat,” ujar kenyataan tersebut.
Bagi PKR, walaupun kandungannya tidak banyak berbeza dari enakmen asal tahun 1993, ia tidak lagi mematuhi muafakat bersama yang dipersetujui oleh PR dalam 2011 mengenai pelaksanaan hudud.
Tambah kenyataan tersebut, PKR menghormati hak dan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentangkan enakmen berkenaan namun adalah lebih afdal jika Kerajaan Kelantan juga menghormati persetujuan yang dicapai bersama PR.
“PKR mengambil pendirian yang berbeza mengenai keutamaan melaksanakan hukuman hudud seperti yang dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada hari ini,” kata kenyataan berkenaan.
Dalam pada itu, PKR telah mengarahkan calon tunggal PKR di Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian bersabit Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan pada hari ini.
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015.
Kesemua 44 anggota dewan meluluskan sebulat suara rang undang-undang berkenaan yang hanya terpakai kepada orang Islam mukallaf sahaja apabila ia dilaksanakan kelak di negeri itu.
Astro Awani
Thu Mar 19 2015
Menurut PKR, sebarang dasar atau pelaksanaan dasar yang melibatkan Pakatan Rakyat perlulah mendapat persetujuan bersama ketiga-tiga parti. - Foto Bernama
Kerjasama bersepadu Persekutuan, Negeri selesai isu prasarana sekolah daif Sabah
Kerajaan Sabah akan terus menjalin kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan dalam usaha memberi suasana dan nafas baharu kepada prasarana sekolah di negeri itu.
Pantau Belanjawan: Tadbir Urus: ‘Spot check’ nilai prestasi penjawat awam
Semua ketua jabatan kerajaan perlu membuat semakan mengejut bagi memerhati pelaksanaan kerja kakitangan bawahan bagi memastikan tiada amalan negatif berlaku dalam jabatan masing-masing agar perkhidmatan awam kekal cekap, relevan dan berkesan. Apakah kaedah dan pendekatan terbaik untuk melaksanakan usaha ini?
Leftenan Muda Min Youn satu-satunya penuntut bangsa Cina tamat latihan Komando GGK 2024
Min Youn yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur itu merupakan graduan perakaunan daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR).
Seorang maut, nahas dua kereta di Ipoh
Kemalangan melibatkan dua buah kereta iaitu jenis Honda City dan Peugeot.
Play Store kini benarkan muat turun dua aplikasi serentak
Berdasarkan laporan 9to5Google, ciri ini diberikan secara berperingkat kepada pengguna Android bermula dengan peranti\
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.
Tahanan PPA tekad jadikan kemahiran dalam “tirai besi” sebagai mata pencarian
Kehidupan di dalam tirai besi memberikan keinsafan kepada Fifi, Apit dan Bulat.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7715/7810 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7710 pada Jumaat.
Guna semula bangunan pawagam lama, bangkit suasana klasik
Ia bukan sahaja mampu menarik ramai pelancong tetapi juga mampu memulihara bangunan warisan yang masih elok dan ditatap oleh generasi kini.
Mesyuarat Khas WEF: PM Anwar jumpa 50 pemimpin industri, perniagaan global
PM yakin lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan pilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan.
Hudud: PKR kesal PAS pinggirkan muafakat bersama Pakatan Rakyat
PKR mengarahkan calon tunggal PKR di DUN Kelantan untuk tidak menyertai perbahasan dan pengundian bersabit Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.