Tutup

Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan

Inspirasi Polycuisine Bakery pupuk semangat keusahawanan
Seramai 10 pelajar diambil sebagai kumpulan perintis untuk inisiatif ini - Foto AWANI Rangers Politeknik Merlimau
MERLIMAU: Politeknik Merlimau telah melancarkan satu lagi inkubator keusahawanan pelajar iaitu PolyCuisine Bakery yang telah memulakan operasi pada 13 Februari 2018 di lot niaga Kantin Delima.

Menurut Pengarah Politeknik Merlimau, Rosli Hamid, projek pembangunan keusahawanan di bawah Unit Keusahawanan Politeknik Merlimau ini mendapat kerjasama daripada Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA) Negeri Melaka yang menaja pembinaan outlet serta sokongan kewangan dan latihan daripada Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti dan pengurusan Politeknik Merlimau sendiri.
“Sebagai permulaan, PolyCuisine Bakery ini telah disertai oleh 10 orang pelajar yang merupakan perintis ambilan pertama terdiri daripada lima pelajar Diploma Perkhidmatan Makanan (Amlan Halal) (DHF) daripada Jabatan Pelancongan & Hospitaliti, dua pelajar Diploma Pengajian Perniagaan, dua pelajar Diploma Pemasaran dan seorang pelajar Diploma Perakaunan daripada Jabatan Perdagangan.

Seramai 10 pelajar diambil sebagai kumpulan perintis untuk inisiatif ini - Foto AWANI Rangers Politeknik  Merlimau
"Mereka dibimbing oleh seorang mentor industri iaitu Siti Khairunnisa binti Kamarudin yang juga merupakan Usahawan Alumni Politeknik Merlimau sendiri dan Rusmaini binti Ramly bersama Hadijah binti Kodiron sebagai mentor keusahawanan”, katanya ketika ditemui selepas merasmikan premis PolyCuisine Bakery.

Ujarnya lagi, dengan wujudnya inkubator ini, secara tidak langsung dapat memberi inspirasi kepada pelajar untuk lebih cenderung terhadap bidang keusahawanan dan seterusnya bidang ini boleh diceburi dengan lebih serius lagi di masa hadapan seiring dengan penekanan yang diberikan oleh Unit Keusahawanan & Alumni, Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, JPPKK.

Perniagaan dalam kampus tersebut telah menjana pendapatan sebanyak RM7,500 sejak mula beroperasi pada 13 Februari 2019 dengan waktu operasi hanya dibuka Isnin hingga Khamis (9.00 pagi hingga 3.00 petang).

Dalam majlis sama,  kad keahlian PolyCuisine Bakery turut dilancarkan yang bakal memberi manfaat kepada para pembeli antaranya pemberian diskaun harga pada pembelian seterusnya.

Majlis disempurnakan oleh Tuan Hj. Rosli bin Hamid, Pengarah Politeknik Merlimau disaksikan oleh Che Samudin bin Hassan, Pengarah FAMA Negeri Melaka dengan acara memotong riben sebagai gimik pelancaran. Turut hadir Mohd Nor Mazlan bin Ismail Timbalan Pengarah Unit Keusahawanan & Alumni, Bahagian ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti.


* Laporan ini disediakan oleh Awani Rangers daripada Politeknik Merlimau, Melaka.

*Awani Rangers ialah inisiatif Astro AWANI bagi menggalakkan pelajar Institut Pengajian Tinggi untuk berkongsi cerita serta menghasilkan bahan berita dan informasi dalam era kewartawanan moden.


Tag: AWANI Rangers, AWANIRangers, Politeknik Merlimau, PolyCuisine Bakery



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.