Istana boleh beri pandangan, jangan sampai campur tangan - Muhyiddin

Istana boleh beri pandangan, jangan sampai campur tangan - Muhyiddin
Menurut Muhyiddin, Istana Johor boleh beri pandangan tetapi jangan sampai ke satu peringkat dianggap mencampuri urusan-urusan pentadbiran. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap, Istana Johor tidak bertindak sehingga dilihat mencampuri urus tadbir kerajaan.

Beliau yang menghormati pandangan yang dikeluarkan Istana Johor berkata, kerajaan sebaik mungkin akan pastikan segala keputusan yang dibuat adalah untuk kebaikan rakyat.

“Sebab itu kita harap dalam soal-soal sebegini, boleh beri pandangan, tetapi tidak sampai ke satu peringkat dianggap mencampuri urusan-urusan pentadbiran.
“Saya hormati pandangan Tuanku dan Tunku Mahkota (Johor), saya pun bukan asing di negeri Johor.

“Sebaik mungkin kita nak pastikan, supaya segala keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat ada kebaikan diterima dan tidak disalah anggap atas sebab-sebab tertentu,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya berhubung tindakan kerajaan Johor membuat pusingan U mengekalkan had umur belia pada usia 40 tahun, selepas bersetuju menurunkan had itu kepada 30 tahun.

Rabu lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia (Pindaan) 2019 yang antara lain untuk menurunkan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun.

RUU itu diluluskan selepas dibahaskan 17 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang hampir lima jam.

Tag: Istana boleh beri pandangan, campur tangan, Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri, Istana Johor, Sultan Johor, Tunku Mahkota Johor


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.