KUALA LUMPUR: Meskipun terdapat dakwaan kononnya ada pihak diugut dan ditawarkan habuan untuk menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata sekiranya perkara itu benar-benar berlaku, pihak berkaitan boleh kemukakan bukti dan membuat laporan kepada polis.
"Penting diingatkan bahawa Perdana Menteri atau ahli jemaah menteri tidak ada apa-apa campur tangan, ugutan atau habuan dan sebagainya yang ditawarkan, tidak ada.
"Jadi seperti ditegaskan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri kepada sesiapa yang berpandangan berlainan daripada kenyataan ini, mereka boleh buat laporan, bawa bukti dan kita nilai, tetapi setakat ini tidak ada (laporan polis)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Nordic 2023 malam ini.
Beliau berkata demikian mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya wujud unsur-unsur ugutan atau ganjaran habuan tertentu, susulan tindakan empat Ahli Parlimen Bersatu yang terdiri daripada Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) yang mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.
Mengenai kenyataan Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal bahawa beliau akan menyokong Anwar sekiranya peruntukan diberikan untuk kawasannya, Fahmi sekali lagi menegaskan tiada tawaran atau habuan kepada sesiapa yang ingin menyokong Perdana Menteri.
Ditanya mengenai tindakan beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan terhadap Anwar sebenarnya telah menafikan desas-desus bahawa hayat Kerajaan Perpaduan akan berakhir, Fahmi menyifatkan situasi berlaku ketika ini adalah 'complete reverse'.
"Nampaknya apa yang berlaku sekarang ini adalah 'complete reverse' daripada apa yang disangkakan... Sejujurnya saya boleh kata saya tidak sangka sokongan terhadap Perdana Menteri boleh meningkat menjadi 151.
"Jadi kalau nak dikatakan bukanlah Kerajaan Perpaduan yang hadapi pergolakan, tetapi mungkin sesetengah parti dalam pembangkang yang sekarang ini sedang bergolak," katanya.
Bagaimanapun katanya kerajaan tidak 'menangguk di air keruh' sebaliknya akan meneruskan usaha semua usaha dan dasar-dasar yang telah diumumkan termasuk Kerangka Ekonomi MADANI.
Mengulas mengenai Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi hari ini, Fahmi berkata keputusan mahkamah itu adalah diputuskan secara bebas.
"Keputusan hari ini saya percaya semua akur dan semua hormat keputusan mahkamah, penting saya ingatkan bahawa keputusan ini adalah keputusan institusi kehakiman yang diputuskan secara bebas... tidak ada campur tangan dari mana-mana pihak, apa lagi campur tangan daripada pihak eksekutif.
"Namun masih ada proses seterusnya dan beliau juga telah nyatakan akan merayu, jadi ikut prosesnya," katanya.
"Saya secara peribadi simpati dengan beliau, saya kenal beliau malah sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 lalu, parti Keadilan telah mengarahkan supaya saya menjadi antara pemimpin yang menjadi penghubung dengan MUDA, jadi banyak jugalah yang kita bincangkan sebelum PRU15," tambahnya.
Pagi tadi, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati Syed Saddiq, 30, bersalah dan dihukum penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 09 2023
Fahmi berkata sekiranya perkara itu benar-benar berlaku, pihak berkaitan boleh kemukakan bukti dan membuat laporan kepada polis. - Gambar fail/Bernama
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Megat D Shahriman kekal terajui MPM
Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin berjaya mempertahankan jawatan Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) buat penggal kedua berturut-turut pada Mesyuarat Agung Tahunan MPM kali ke-25, hari ini.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Tiada laporan polis setakat ini dakwaan wujud ugutan, tawaran habuan sokong PM - Fahmi
Meskipun terdapat dakwaan kononnya ada pihak diugut dan ditawarkan habuan untuk menyatakan sokongan kepada Anwar, namun setakat ini tiada laporan polis dibuat berhubung perkara itu.