Tutup

Isu Tabung Haji kembali hangatkan Dewan Rakyat

Isu Tabung Haji kembali hangatkan Dewan Rakyat
Isu berkaitan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) terus menjadi topik hangat diperdebat di Dewan Rakyat.
KUALA LUMPUR: Isu berkaitan pengurusan Lembaga Tabung Haji (TH) terus menjadi topik hangat diperdebat di Dewan Rakyat.

Kekecohan memuncak pada hari pertama Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Parlimen Ke-14 pada sesi jawab lisan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa.

Tan Sri Annuar Musa (BN-Ketereh) bangkit bertanyakan soalan tambahan kedua iaitu sama ada kerajaan bercadang menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat permasalahan yang berlaku dalam pengurusan Tabung Haji.

Namun, Mujahid menyifatkan kekeliruan berkenaan pengurusan Tabung Haji hanya berlaku dalam kalangan pembangkang selain mendakwa masalah manipulasi perakaunan hanya diwarisi daripada kerajaan terdahulu.

Jawapan itu mencetuskan rasa tidak puas hati pembangkang terutama bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim (BN-Baling) yang mengganggap Mujahid memberikan jawapan politik.

Malah, Abdul Azeez turut memohon Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof untuk membenarkannya mengemukakan soalan tambahan namun tidak dilayan.


Tag: Tabung Haji, Dewan Rakyat, Lembaga Tabung Haji, Mujahid Yusof Rawa, Annuar Musa, Abdul Azeez Rahim



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.