Rakyat Malaysia perlu menghentikan sikap meminggirkan mereka yang mempunyai masalah kesihatan mental, sebaliknya hendaklah membantu mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau berkata ramai orang hidup tersingkir bila berdepan dengan cabaran berkaitan kesihatan mental dan menganggap isu itu satu pantang larang dan kewujudannya tidak perlu langsung diperakui.
"Malah sesetengah orang Islam mentafsir penyakit mental sebagai kelemahan iman, dan menasihatkan mereka yang mudah diserang penyakit itu agar lebih banyak berdoa, takutkan Allah atau lupakan langsung situasi mereka.
"Mengapa kita mudah bersimpati dengan seseorang yang patah tangan dan menjauhkan diri daripada seseorang yang menghadapi tekanan perasaan?
"Lebih cepat kita ubah persepsi ini lebih baik buat kita semua," kata beliau dalam ucapan merasmikan penutupan konvensyen "Breaking Barriers" di KDU University College di sini, pada Sabtu.
Turut hadir pengasas International Mercy Mission Movement, Sheikh Dr Tawfique Chowdhury.
Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berkata daripada melabel seseorang itu sebagai pesakit kesihatan mental, adalah lebih baik jika kita menghulur bantuan dengan semangat positif.
Mengulas lanjut, Dr Wan Azizah berkata bilangan mereka yang menghadapi tekanan perasaan dan yang mempunyai masalah kesihatan mental terus meningkat sebagaimana menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa terdapat lebih 800,000 kes bunuh diri diadukan di seluruh dunia setiap tahun.
Beliau berkata juga dilaporkan, kira-kira 40 peratus daripada warga Malaysia akan menghadapi masalah kesihatan mental dalam tempoh hayat mereka dan tinjauan 2017 baru-baru ini oleh Kementerian Kesihatan mendapati 18,336 orang pada masa ini mendertia tekanan perasaan di pelbagai peringkat berdasarkan imbasan kesihatan ke atas 273,203 individu.
"Dari jumlah ini, 11,811 orang menderita tekanan perasaan ringan, 3,680 sederhana dan 1,682 tekanan perasaan teruk," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Jul 29 2018
Dr Wan Azizah melawat ruang tapak pameran selepas merasmikan majlis penutup Konvensyen Muslimah di KDU University College pada Sabtu. - BERNAMA
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Murung: Bintang Brazil Richarlison pernah terlintas tamatkan riwayat sendiri
Penyerang Brazil dan Tottenham, Richarlison, mendedahkan dia mengalami kemurungan selepas Piala Dunia 2022.
Kerajaan fokus beri rawatan terhadap individu cuba bunuh diri - Azalina
Penghapusan Seksyen 309 Kanun Keseksaan tahun lepas memberi peluang baharu, di samping menggalakkan mereka untuk dapatkan rawatan.
Bunuh diri akibat buli siber, kejayaan program Rakan Muda antara isu dikupas Dewan Rakyat
Persoalan berhubung langkah mencegah penyalahgunaan media sosial hingga adanya kes bunuh diri diajukan Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
MyMinda: KKM kesan 1,315 individu ada ciri-ciri untuk bunuh diri – Dr Zaliha
Kementerian Kesihatan (KKM) menerima data yang membimbangkan mengenai tahap kesihatan mental sebahagian rakyat Malaysia termasuk berkaitan kecenderungan untuk membunuh diri.
Kapten bola sepak remaja Thailand sah bunuh diri di UK
Dia ditemui tidak sedarkan diri di bilik asramanya pada 12 Februari dan meninggal dunia di hospital dua hari kemudian.
Anak Kurt Cobain kahwin dengan anak legenda skateboard, Tony Hawk
Vokalis Nirvana, Kurt Cobain telah lama meninggal dunia namun media massa masih mengikuti kisah anak perempuan tunggalnya, Frances Bean Cobain.
Hampir 40,000 rakyat Korea Selatan maut akibat bunuh diri dalam tempoh tiga tahun lepas - Data
Kadar bunuh diri dalam kalangan generasi muda di Korea Selatan menyaksikan peningkatan, dengan seramai 39,453 golongan belia maut.
Bilangan rakyat Indonesia dapatkan bantuan isu kesihatan mental meningkat
-Ramai yang berminat tetapi mereka malu, enggan, takut untuk dihakimi sekiranya mereka pergi berjumpa pakar psikologi."
Penyerang kereta api Tokyo 2021 dihukum penjara 23 tahun
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 23 tahun terhadap seorang lelaki kerana melakukan serangan menggunakan pisau dan membakar kereta api di Tokyo pada 2021.
Proses pindaan undang-undang nyahjenayah cubaan bunuh diri selesai di peringkat Parlimen
Ia antara lain bertujuan memberi kuasa kepada pegawai intervensi krisis untuk melakukan penyelamatan terhadap individu yang cuba bunuh diri.