Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan perubahan ketara di sekitar Lembah Klang. Pelabuhan Klang mencatatkan bacaan 489 tertinggi setakat pukul 10 pagi tadi menurun kepada 461 pada pukul enam petang tadi.

Kawasan lain di sekitar Lembah Klang yang turut mencatatkan bacaan yang tinggi adalah Banting (197), Shah Alam (241, Kuala Selangor (191), Petaling Jaya (178), Batu Muda KL (160), Putrajaya (174) dan Cheras (146).

Kawasan sekitar Nilai mencatatkan bacaan 148, Port Dickson (133) dan Seremban (140). Daerah Muar yang pernah mencatatkan bacaan 746 kini berada di bacaan 127. Manakala Bandaraya Melaka pada bacaan 119, Bukit Rambai (143).

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) setakat pukul 6 petang, USM Pulau Pinang mencatatkan bacaan 104, Seberang Jaya (115), Ipoh (157), Seri Manjung (276), Tanjung Malim (165), Kampung Air Putih, Taiping (149), SK Jalan Pegoh, Ipoh (215) dan Jerantut (115).

Kawasan-kawasan lain mencatatkan bacaan kurang daripada 100.