awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi

Bernama
Bernama
18/10/2023
02:15 MYT
Empat kawasan catat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi
Sejumlah 54 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 10 kawasan mencatat bacaan IPU baik. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Empat kawasan di Semenanjung mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini dengan Klang di Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 155.
Menurut laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar, tiga lagi kawasan yang merekodkan bacaan IPU tidak sihat adalah Seri Manjung, Perak (123), Tangkak, Johor (119) dan Petaling Jaya, Selangor (107).
Sejumlah 54 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana manakala 10 kawasan mencatat bacaan IPU baik.
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jerebu
#IPU
#APIMS
#pencemaran udara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan