Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 menunjukkan jurang pencapaian antara pelajar bandar dan luar bandar telah dapat dikurangkan.
Bangga dengan prestasi peperiksaan itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata pencapaian itu menjadi petunjuk peluasan dan keberkesanan sistem pendidikan serta dasar yang diamalkan kementerian berjaya memberi peluang pendidikan berkualiti kepada semua lapisan masyarakat.
"Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. Jadi, pencapaian keputusan STPM ini menjadi petunjuk kepada usaha kementerian," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, peningkatan itu dilihat bukan sahaja dari segi gred peratusan pelajar yang lulus penuh, tetapi juga Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) negara yang meningkat daripada 2.57 pada 2013 kepada 2.62 pada STPM 2014.
"Tahniah saya ucapkan kepada 41,915 orang pelajar yang lulus penuh dalam peperiksaan STPM 2014, terutamanya kepada 408 pelajar yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran," katanya.
Timbalan Perdana Menteri turut mengucapkan sekalung tahniah kepada semua ibu bapa atas kecemerlangan anak masing-masing.
"Sesungguhnya dorongan anggota keluarga amat perlu bagi melonjakkan pencapaian pelajar. Kejayaan ini sebenarnya amat rapat dengan sikap guru dan keluarga.
"Dalam erti kata lain, kecemerlangan yang dicatatkan pelajar ini sebahagiannya adalah hasil titik peluh dan usaha gigih keluarga dan guru-guru," katanya.
Muhyiddin berkata pencapaian STPM 2014 juga menunjukkan usaha Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, terutama dalam mentransformasi dan memperkasa pendidikan tingkatan enam secara langsung telah meningkatkan prestasi guru dan pelajar untuk berusaha mencapai kecemerlangan.
Tambahnya, perubahan dalam sistem pentaksiran STPM turut memainkan peranan sebagai pemangkin kepada keupayaan warga sekolah meningkatkan prestasi sekolah masing-masing sekali gus menyumbang kepada kecemerlangan pelajar.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan bahawa anugerah yang diberi kepada pelajar dan sekolah yang cemerlang merupakan insentif atas usaha mereka dan sebagai galakan serta dorongan kepada yang lain untuk berusaha mencapai kejayaan.
"Kepada yang kurang berjaya, saya mengingatkan mereka agar tidak berputus asa. Saya percaya jika kita terus berusaha dan memperbaiki diri kita, Insya-Allah, kita juga akan berjaya," kata Muhyiddin.
Bernama
Mon Mar 02 2015
MUHYIDDIN: Kementerian Pendidikan sentiasa berusaha meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara. - Gambar BERNAMA
Niaga AWANI: Lancar stesen pengisian semula eco, yang pertama seumpamanya
Jenama pembersihan rumah mesra alam dari Lam Soon, Bio-Home, melancarkan stesen pengisian semula eco pertama, menandakan langkah penting komitmen dalam menangani isu sisa plastik.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nestle nafi tambah gula dalam produk makanan bayi di negara pendapatan rendah
Pengeluar makanan Switzerland, Nestle pada Khamis menolak tuduhan sebuah NGO bahawa ia menambah gula kepada produk di negara membangun dan tanpa gula di pasaran Eropah.
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Cuaca panas: KPM nasihat murid, pelajar sekolah minum air secukupnya
Kementerian Pendidikan menasihatkan semua murid dan pelajar sekolah sama ada di bandar mahupun luar bandar supaya minum air secukupnya serta memakai pakaian seragam sekolah yang bersesuai susulan kead
3,038 sekolah kurang murid tahun ini, tiada yang ditutup - Wong
Sebanyak 3,038 sekolah di seluruh negara diklasifikasikan sebagai sekolah kurang murid iaitu kurang daripada 150 pelajar pada tahun ini.
Jabatan Pendidikan Terengganu ingatkan sekolah patuhi arahan KPM
Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu mengingatkan semua sekolah supaya tidak mengadakan sebarang aktiviti luar bilik darjah pada musim panas.
Aspek keselamatan, kesalinghubungan internet intipati perbincangan dua kementerian - Fadhlina
Aspek keselamatan kanak-kanak dalam talian antara dibangkitkan pada perbincangan antara Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan, semalam.
Tiada keperluan beri pihak swasta kendali program Sijil Vokasional Malaysia - KPM
Tiada keperluan untuk pihak swasta mengendalikan program Sijil Vokasional Malaysia (SVM) bagi menampung keperluan buat masa ini.
Sistem PADU penting untuk bantu kerajaaan rangka program manfaatkan rakyat - Mohd Uzir
Keperluan untuk mendaftar dengan sistem PADU penting supaya kerajaan dapat merangka program yang boleh dilaksanakan dengan berkesan bagi memberi manfaat kepada rakyat.
Lebih 20,000 guru baharu dilantik tahun lepas - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah melantik 20,171 guru baharu secara lantikan tetap dan kontrak bagi mengatasi isu kekurangan guru di sekolah pada tahun lepas.
Kadar keciciran murid catat trend penurunan - KPM
KPM turut menjalankan program 'outreach' murid cicir di semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan kerjasama komuniti setempat.
Guru wanita berdepan hukuman jika dakwaan cabul murid benar - Fadhlina
Beliau berkata buat masa ini guru berkenaan tidak dibenarkan berurusan dengan mana-mana murid sehingga siasatan selesai.
Tiada tolak ansur terhadap kesalahan seksual - KPM
KPM memandang serius kes salah laku seksual yang melibatkan guru dan murid seperti yang dilaporkan oleh media.