Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya mengekalkan keamanan dan perpaduan antara pelbagai bilangan bangsa dan kaum di negara ini.
Baginda bertitah supaya mengenepikan sebarang sentimen perkauman dan perlu terus mengekalkan keharmonian, saling hormat dan toleransi antara satu sama lain.
"Saya harap setelah negara kita baru sahaja selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), jangan ada mana-mana pihak cuba terus mencetuskan rasa kurang selesa dengan bertindak mewujudkan ketegangan dan permusuhan di kalangan rakyat yang boleh menjejaskan semangat permuafakatan dan perpaduan di kalangan rakyat.
"Janganlah ada unsur fitnah-memfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar sehingga menimbulkan syak wasangka seterusnya mencetuskan permusuhan antara sesama rakyat dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan," tambah Baginda.
Baginda bertitah demikian pada Majlis Berbuka Puasa dan pengurniaan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di Masjid Kampung Paya Bungor, di sini malam tadi. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Janganlah kita terlalu ghairah dalam mengejar agenda tertentu sehingga mengorbankan perpaduan negara dan mengambil jalan pintas dengan mempolitikkan setiap aspek kehidupan kerana ini boleh membawa kepada kehancuran negara dan menyebabkan kita hilang apa kita ada sekarang," titah baginda.
Baginda turut memberi sumbangan kepada 150 orang terdiri dari fakir miskin, orang kurang upaya, ibu tunggal, anak-anak yatim, saudara-saudara baru dari masyarakat orang asli. -- Bernama
Bernama
Sat May 19 2018
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya mengekalkan keamanan dan perpaduan antara pelbagai bilangan bangsa dan kaum di negara ini. -Gambar fail
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama para hadirin di Masjid Sallehin.
35,000 pengunjung tempatan, luar negara disasar sertai Iftar@KL 2024
Penyertaan pengunjung pada tahun ini amat menggalakkan dan meningkat berbanding hanya 30,875 pengunjung pada tahun lepas.
Hari pertama bazar Ramadan Kampong Bharu mula meriah
Warga kota tidak melepaskan peluang ke bazar Ramadan popular itu seawal jam 3 petang meskipun dalam keadaan cuaca panas terik.
PRN: Nik Abduh tarik balik keputusan 'berpuasa' politik
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menarik balik keputusannya untuk 'berpuasa' daripada arena politik negara.
Buka puasa di tanah kubur dibimbangi langgar adab, akhlak - Mufti
Tindakan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan kurang sesuai untuk dilakukan.
Sultan Johor, TMJ berkenan berbuka puasa bersama pengamal media, ketua pengarang
Sultan Johor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama para pengamal media, ketua-ketua pengarang, editor-editor dan ketua-ketua pegawai eksekutif media di Istana Polo di sini pada Ahad.
Guan Eng berbuka puasa bersama UMNO Balik Pulau
Beliau berterima kasih kepada Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Shah yang menerima kunjungan itu.
PM buka puasa bersama pengamal media, penggiat seni tanah air
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa meluangkan masa dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media.
Aksi Everton, Spurs dihentikan beri laluan pemain berbuka puasa
Permainan dihentikan pada minit ke-26 bagi memberi laluan kepada Onana, Doucoure dan Gueye berbuka puasa di tepi padang.