awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka puasa di tanah kubur dibimbangi langgar adab, akhlak - Mufti

Sinar Harian
Sinar Harian
17/04/2023
00:10 MYT
Buka puasa di tanah kubur dibimbangi langgar adab, akhlak - Mufti
Laporan Sinar Harian pada Ahad. Mohamad Shukri (kanan). - Foto Sinar Harian
KOTA BHARU : Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan tindakan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan kurang sesuai untuk dilakukan.
Beliau bimbang tindakan itu boleh menimbulkan pelanggaran adab-adab dan akhlak semasa berada di kawasan berkenaan.
"Sebagai contoh masa ziarah kubur, kalau tidak pakai tudung (golongan wanita) perkara tersebut kurang elok atau semasa berbuka puasa bergaul dengan yang tidak sepatutnya...umpamanya.
"Itu akan jadi masalahnya. Jelaslah kalau begitu ia menjadi pelanggaran akhlak. Saya berpandangan eloklah cari tempat yang lebih sesuai, berbuka puasa di tempat lapang tiada salahnya sebagaimana yang dilakukan ketika ini seperti di atas padang," katanya selepas diminta mengulas mengenai tindakan penduduk mengadakan aktiviti berbuka puasa di kawasan tanah perkuburan.
Mengulas mengenai tahlil di kawasan perkuburan, Mohamad Shukri memberitahu, perkara tersebut tidak mendatangkan masalah.
Media pada Ahad melaporkan penduduk di Kampung Alor Hijau, Pasir Puteh mengambil pendekatan mengadakan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan bagi mengeratkan silaturahim sanak saudara yang masih hidup.
Pengarah program, Tuan Wi Tuan Ya berkata, ia merupakan acara tahunan mereka bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buka puasa
#tanah perkuburan
#Puasa 2023
#Mufti Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan